Pages

Friday, May 28, 2010

BoNdA



Lirik:
mega nan cerah
kelam tiba2
itu tandanya
ada bencana
saat itu ku sendirian di sisi
kubur bonda sunyi dan sepi
masih terngiang
kata2 nasihat
pedoman dan belaian kasih bonda
tapi kini bonda telah pergi
pergi nya tiada kembali

sewaktu mula ku
melankah dewasa mencari ilmu
tugas utama
ku merantau jauh meninggalkan bonda
akan ku tunaikan hajatmu bonda
tapi di dalam menghadapi cabaran
ku terlupa tugas ku di rantauan
apakah makan minum mu terjaga
adakah nasib mu terbela

oh tuhan ampunkan dosa ibuku
masukkan ia kedalam jannahmu
selamatkan ia dari nerakamu
terangi kuburnya dengan sinarmu
sedih nya hatiku
dibuai mimpi mu
hatiku di alun kecewa dan sengsara
dosaku ibarat air di lautan
hidupku sebagai anak durhaka

oh bonda ampukan kesalahanku
tak tersengaja
ku mengasarimu
hatiku kesal tiada terkira
kau pergi didalam kecewa
tidak ku tertahan
menanggung seksaan
setelah kau tiada
dugaan yg mendatang
ampuni dosaku
redha kan hidupku
kau lah mithali pedomanku

sayu mengenang
saat manis itu
tangan bonda
mengusap pipiku
terpancar senyuman di wajah bonda
agar anak nya beroleh jaya
didikan islam diberi sempurna
walaupun tanpa suami tercinta
yg telah terkorban kerna ilahi tabah menghadapi hidup yg sunyi.

Wednesday, May 26, 2010

HaRaPaN TiDaK BuTa

Artist: Alarm Me
Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Perhati tika di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..


Monday, May 24, 2010

PiNTu SyAiTaN mASuk DalAm TubUH MaNUsiA & KuBu PeRTahAnAN

10 pintu syaitan masuk dalam tubuh manusia
1.Sentiasa buruk sangka
2.Terlalu cintakan dunia dan panjang angan2
3.Cintakan rehat dan nikmat
4.Kagum pada diri sendiri(ujub)
5.Pandang rendah dan tidak menghormati orang lain
6.Hasad dengki
7.Riya’(menunjuk-nunjuk)
8.Bakhil(kedekut)
9.Takabbur(sombong)
10.Sifat tamak




Antara kubu pertahanan
1.Sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada
2.Sentiasa mengingati mati
3.Yakin bahawa suatu hari nanti nikmat akan hilang dan ada balasan buruk
4.Sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH dan takut akan siksaan-NYA
5.Tahu hak dan menghormati orang lain
6.Berpuas hati dengan apa yang ada dan sentiasa redha
7.Mempunyai sifat ikhlas
8.Yakin bahwa apa yang ada pada diri akan binasa dan yang ada pada ALLAH akan kekal
9.Mempunyai sifa tawadu’
10Yakin terhadap balasan ALLAH dan tidak mengharapkan sesuatu pada manusia
11.Menjauhkan makan yang terlalu banyak
12.Menjauhi sifat yang tergesa-gesa



Sunday, May 23, 2010

ReNunGaN BeRsAmA




bayangkan...kanak2 kecil yg baru berusia 2tahun telah diajar mengenal islam...
tapi,pernahkah kita terfikir bahawa kanak2 zaman sekarang tidak didedahkan dengan ilmu bekaitan dengan islam?????
anak2 zaman sekarang hanya mengenal hiburan dunia yang boleh melalaikan mereka dan akan merosakkan akhlak mereka???
pernahkah kita terfikir sebelum ini????
didiklah anak2 kita sejak ia masih kecil lagi...
dedahkanlah mereka dengan ilmu yg berkaitan dengan islam serta sejarah2 islam yg terdahulu..

Tuesday, May 18, 2010

TeNaNgLaH hATi


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.

Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul?
Sedangkan Allah ada berfirman.

"Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?



Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.




Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.

Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda.

Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.



Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Tuesday, May 11, 2010

NaFsU MaNuSiA

nafsu manusia ibarat bom jangka
boleh meledak pada bila-bila masa
menyebabkan ramai yang binasa
adakala diri merana, dan ada masa
orang lain pun terkena sama

nafsu terkenal dengan sifat nakalnya
jarang kita dengar orang berkata
nafsu sangat baik sifatnya
malah nafsu sangat jahat
lebih jahat daripada penjahat

nafsu sukar dijangka jahatnya
ia datang tidak kira masa
dan kadang-kadang datang tidak semana-mena
nafsu sukar untuk ditangkap oleh manusia
sukar juga untuk dikenali manusia biasa
kerana nafsu itu sudah menjadi budaya
hidup sudah merasai biasa dengannya
maka ia dikatakan perbuatan manusia
yang tidak tahu asal usulnya.
nafsu manusia banyak peringkatnya
ada tujuh semuanya
dari sejahat macam singa
sehingga sebaik macam unta
sangat sukar dijaga dan dibela
liarnya macam kuda
pantasnya macam naga.

senang juga untuk dijaga
mudah juga untuk dipelihara
kalau kene gaya
hati yang baik akan bertahta
maka manusia pasti suka
kerana manusia akan selamat didunia
akhirat tak payahla cerita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...