Pages

Monday, November 28, 2011

FaHaMiLaH...

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku...

~petikan dari i luv islam~

Sunday, November 20, 2011

10 WaSiAT HaSSaN Al-BaNNa..


Allahamdulillah wa syukurillah kerana Allah masih memberi peluang pada kita untuk hidup di dunia ini, jangan kita sia-siakan peluang yang Allah beri pada kita untuk mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita serta bertaubat memohon keampunan kepada-Nya terhadap dosa-dosa yang kita lakukan.. InsyaAllah, mari sama-sama kita perbaiki diri agar lebih baik dari semalam...

InsyaAllah, hari ini saja nak share 10 wasiat Hassan Al-Banna, mungkin ada yang dah pernah dengar dan tahu 10 wasiat ini, mugkin juga ada yang belum mengetahuinya...kepada yang dah tahu, jadikan ia sebagai peringatan buat diri agar ia menjadi amalan seharian, istiqamah serta ikhlas melakukannya, dan kepada yang belum tahu, boleh la baca wasiat ini, renungkanlah serta berusaha untuk mengamalkannya...

~10 Wasiat Hassan Al-Banna~
  • Dalam situasi bagaimanapun, SEGERA DIRIKANlah SOLAT ketika mendengar AZAN.
  • BACA atau DENGARkanlah Al-Quran dan INGATlah Allah dan JANGAN kau habiskan waktumu pada hal-hal yang TAK BERGUNA.
  • BERUSAHAlah untuk bisa berBICARA dengan BAHASA ARAB secara fush-hah(baik) sebab ia termasuk doktri Islam.
  • JANGAN banyak BERDEBAT dalam setiap urusan bagaimanapun bentuknya asbab pamer kepandaian dan riya' itu tidak mendatangkan kebaikan sedikitpun.
  • JANGAN banyak TERTAWA kerana HATI yang selalu berinteraksi dengan Allah adalah HATI yang tenang dan khusyu'.
  • JANGAN banyak BERGURAU kerana umat yang gigih berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.
  • JANGAN mengeraskan SUARA melebihi yang dibutuhkan oleh pendengar asbab itu merupakan kecerobohan dan menyakitkan orang lain.
  • JAUHI dari MENGUMPAT dan MENGEJEK kelompok atau organisasi, JANGAN membicarakannya selain KEBAIKAN saja.
  • KENALkan DIRImu kepada SAUDARA-SAUDARAmu seIMAN dan sePERJUANGAN walaupun engkau tidak diminta asbab asas dakwah kita adalah mahabbah(kecintaan) dan saling mengenal.
  • ketahuilah bahawa kewajiban itu lebih banyak daripada waktu yang terluang, maka BANTUlah SAUDARAMU untuk mengGUNAkan WAKTUNYA dengan sebaik-baiknya, dan jika engkau punya TUGAS, selesaikanlah SEGERA!!

Wednesday, November 2, 2011

DuHai SaHaBaT..


Assalamualaikum.. apa khabar iman??sihat ataupun sakit?? Alhamdulillah, kembali semula di kampus setelah lama bercuti.. mari sama-sama kita bermuhasabah diri untuk seketika, untuk apa sebenarnya kita hidup kat dunia ini??adakah kita hidup ini hanya untuk bergembira??atau hanya ingin merasakan kesenangan hidup??sama-sama kita perbetulkan kembali niat kita bahawa tujuan hidup kita hanya untuk mencari Redha Allah..

Once kita kembali ke kampus, ambillah peluang sebaik mungkin untuk menimba ilmu, bukan sekadar ilmu dunia sahaja, malah ilmu akhirat pun perlu dicari untuk bekalan kita di kemudian hari..

Hmmmm…

Tinta kali ini, hanya sekadar ingin meluahkan apa yang saya rasa setelah beberapa minggu berada di kampus, Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang pada saya untuk bersama akhawat yang sentiasa memberi teguran pada saya sekiranya saya ada buat salah dan mengingatkan saya sekiranya saya lupa..

Cuma ada rasa sedikit terkilan dihati ini apabila mendengar ada juga sahabat yang menghalang sahabat lain membuat majlis ilmu,halaqah@usrah.. perkara yang baik mengapa mesti dihalang?bukankah sahabat@akhwat membantu kita untuk mengubah insan yang sedang leka, lalai, dan mungkin sahaja sudah terlena dengan nikmat dunia yang sementara ini..

ubahlah pemikiran yang lebih positif wahai sahabat-sahabat sekalian..

ingat lagi dengan surah Al-Imran,3:104,110&114? Surah yang sama, berada pada halaman 63 & 64, ‘berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar’… kenapa perlu menghalang orang yang membuat perkara yang baik?sedangkan orang yang membuat maksiat dan perkara yang sia-sia masih lagi bertebaran,mengapa tak mahu dihalang atau ditegah mugkin juga ditegur secara baik??tepuk dada tanyalah iman masing-masing wahai sahabat-sahabatku sekalian…

walaupun kita berlainan Jemaah,mugkin saja method yang digunakan berbeza dengan method yang kita gunakan, tapi tujuan dan niat masing-masing semua sama bukan??

bersainglah secara sihat duhai sahabat-sahabatku..jangan dirisau insan yang dalam proses tarbiyah tapi risaulah pada insan yang masih leka dengan nikmat dunia…wallahu alam.

sekadar meluahkan apa yang dirasa dan peringatan juga buat diri ini yang tak lari dari buat silap..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...