Pages

Monday, May 7, 2012

KeMaTiaN iTu PaSTi..

Assalamualaikum sahabat blog yang insyaAllah akan sentiasa mendapat Rahmat dan Hidayah dari Allah hendaknya... apa khabar dengan iman??sihat atau sakit??kalau diri ditimpa sakit seperti demam,sakit kepala, sakit kaki dan lain-lain, kita rawatnya dengan ubat-ubatan tapi sekiranya iman kita sakit, pernah tak kita berusaha untuk merawatnya?? jika pernah Alhamdulillah, maknanya kita prihatin dengan kesihatan iman kita...sekiranya kita tidak pernah terfikir mungkin juga ambil sambil lewa dengan kesihatan iman kita...mari sama-sama kita muhasabah balik diri kita..

baru-baru ini, saya dan keluarga pergi ke bangan lalang, negeri sembilan.. semasa saya yang memandu kereta, setibanya di lebuhraya melaka, tiba-tiba perjalanan menjadi perlahan, rupa-rupanya terjadi satu kemalangan yang agak teruk, yang melibatkan dua buah kereta, sawaktu saya pandu, saya hanya perasan ada satu kereta yang habis hangus terbakar.. saat ternampak kejadian tersebut, tiba-tiba lutut saya mengigil, mulut tak henti-henti istighfar mohon keampunan...adakah kematian itu bakal menjemput diri ini juga?? ya Allah, hanya Allah sahaja tahu perasaan saya saat itu, dengan dapat desakan dari abang supaya bawa kereta tu cepat sikit... terasa ingin menangis pun ada juga..

'kenapa mesti nak suruh bawa kereta laju? aku takutlah kereta yang aku bawa nie bakal jadi macam kemalangan macam yang aku nampak tadi..takutnya...'  saya hanya mampu bermenolog didalam hati sahaja...

selepas sahaja terjadinya kemalangan tersebut, sepanjang perjalanan dari melaka hingga ke exit nilai, mulut nie tak henti-henti beristghfar, mengharapkan Allah mengampunkan dosa-dosa yang pernah saya lakukan..

*********************************


mungkin dalam beberapa hari ini, ada saja berita kematian yang kita akan dengar bukan?? tak ahli keluarga kita, mugkin jiran tetangga kita, mugkin juga rakan terdekat kita..

semua orang tahu bahawa kematian itu pasti bukan.. persoalannya sekarang, adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian itu?? dah baca Al-Qurankah kita hari ini??dah beristighfar kah kita???dah solat taubat kah kita memohon keampunan kepada Allah atas dosa-dosa yang kita lakukan??tepuk dada tanyalah iman...

saat mendapat berita kematian tentang orang yang kita sayang, kita pasti akan sedih, mungkin juga terkejut ataupun tak percaya yang dia telah pergi buat selama-lamanya bukan?? iya, memang semua orang akan rasa sedih bila dapat khabar kematian...

di sini, saya ingin mengajak fikir sejenak, saat mendapat berita kematian, pernah tak terlintas difikiran kita, 

'bila pula giliran aku akan menghadapi kematian??'
'dah sedia ke aku nak menghadapinya??'
'apa yang aku dah siapkan untuk kematian aku??'
'cukup ke amalan aku nak menghadapi kematian??'

kita rasa sedih melihat orang mati, tapi kita tak pernah nak ambil iktibar atas kematian orang lain... adakah kita merasa kematian kita masih lama lagi??? sekiranya kita merasakan kematian itu masih lama lagi, kita tak akan berusaha untuk membuat persediaan terhadapnya..sekiranya kita merasakan kematian itu semakin hampir..kita akan berusaha dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya...ayuh, saya mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk bermuhasabah balik diri...

'orang yang bijak adalah orang yang mengingati kematian..'

kematian yang bagaimana kah yang kita inginkan??? adakah kematian yang membawa kita ke syurga ataupun kematian yang mengheret kita ke neraka??? hanya anda sendiri yang boleh menjawapnya... mari sama-sama kita berfikir sejenak...

'wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kepada Allah dengan semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu kedalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya, sedang cahaya mereka memancar dihadapan dan disebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, " ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." ' (At- Tahrim, 66:8)

p/s: sekiranya ada yg salah dengan penulisan di atas, mohon di tegur..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...