Pages

Sunday, November 25, 2012

TeMaN...

In The Name of Allah
~moga Allah Redha~

Alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat iman dan islam pada kita semua.. gunakanlah nikmat yang Allah beri kepada kita itu sebaik yang mugkin sebelum nikmat itu Allah tarik kembali, saat itu, kita nak menyesal tiada guna lagi..

'patutkah aku sharekan perkara ini?adakah ia memberi manfaat pada pembaca?dan terutama sekali buat si penulis itu sendiri?' hati bermonolog penuh persoalan yang perlukan jawapan..

insyaAllah, saya terpukul juga dengan persoalan di atas, dan saya rasa saya patut kongsikan serba sedikit kepada pembaca dan merupakan peringatan buat si penulis itu sendiri..

******
'wanie, kalau tiba-tiba saya dah tak join jemaah ini, kita masih kawan kan?' 

tersentap seketika mendengar kata-kata yang keluar dari mulut sahabat yang merangkap akhwat saya juga.. ya Allah, kuatkanlah imannya.. saya agak terkejut sebenarnya, perkataan itu keluar semasa kami sedang menunggu makanan sampai, dan baru saja balik dari sekolah.

'kenapa kata macam tue?ada niat nak keluar ke?'

saya melemparkan senyuman seolah-olah menganggap ia sebagai gurauan..tapi, saya tahu yang hakikatnya dia memang ada niat untuk ke arah itu..

walaupun usia tarbiyah kami sama, tetapi, keputusan telah pun dibuat..awal muharam 1434 kali ini, saya kehilangan seorang akhawat...agak sedih juga, asbab saya kehilangan seorang akhawat, tapi kami tetap bersahabat baik, cumanya kami dah tak bergerak kerja sama lagi..

atas alasan apa dia keluar, saya rasa tak perlu di ulas di sini, rasanya masing-masing ada alasan tersendiri mengapa ia buat begitu, takut nak mengulas panjang, asbab takut diri di uji dengan apa yang di katakan..

*******
sejak kebelakangan ini, berita kehilangan akhawat itu kerap kali saya dengar...menjadi kerisauan juga dalam hati ini,

'adakah aku bakal menyusul seperti mereka?'

'adakah aku masih kekal di jalan tarbiyah ini?'

'ya Allah, sanggupkah aku meninggalkan jalan tarbiyah yang telah membawa diri ini ke jalan-Mu?'

Allahu Rabbi...terasa sesak juga dada ini ingin menjawap persoalan di atas..

kalam suci Allah juga membuatkan diri ini takut untuk berundur...jom kita lihat dan tadabbur surah At-Taubah,9:39,


'Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih, dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.'
[At-Taubah,9:39]

dan boleh juga kita tengok dalam surah Muhammad,47:38

'Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) pada jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barangsiapa yang kikir maka sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya,dan kamulah yang membutuhkan(karunia-Nya) dan jika kamu berpaling(dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan(durhaka) seperti kamu ini.'
[Muhammad,47:38]

Allahu Rabbi, tegasnya ayat Allah ini kan.. Allah memberi peringatan kepada kita yang tidak pergi berangkat dan berinfak. berangkat dan infak yang bagaimana??

contohnya, berangkat untuk pembaikan dalam diri kita! berangkat untuk mendekatkan diri kepada Allah! berangakat untuk mengajak orang lain kepada kebaikan! berangkat untuk melawan hawa nafsu kita! dan yang seangkatan dengannya.. 

contoh infak pula? mungkin dalam surah Muhammad,47:38 hanya ditegaskan infakkan hartamu, mungkin juga ada dikalangan para pembaca yang mampu untuk menginfakkan hartanya di jalan Allah dengan cara memberi sedekah, bagaimana pula bagi yang tidak mampu untuk berinfak dengan hartanya? kalau tidak mampu untuk infakkan harta, kita boleh sahaja menginfakkan masa kita pergi ke halaqah, infakkan tenaga kita untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan, infakkan fikiran kita untuk kebaikan orang lain, dan banyak lagi contoh infak yang boleh kita lakukan selain infak harta.

dalam ayat di atas, Allah sendiri memberi tahu kepada kita yang Allah akan gantikan kita dengan orang yang lagi baik??nak ke Allah gantikan kita dengan insan yang lebih bersungguh-sungguh di jalan tarbiyah nie?? kita berundur dalam jalan tarbiyah ini, tiba-tiba Allah tutup pintu hati kita? bukan sekadar Allah menggantikan kita  dengan orang lain malah Allah hukum juga kita dengan azab yang pedih. mugkin juga Allah azab kita cash kat dunia tanpa kita sedari, dan mungkin juga azab itu Allah tangguhkan dahulu... nauzubillah, minta kita di jauhkan dari azab Allah..

Allahu Rabbi, takut dengan peringatan Allah ini! mungkin dengan ingat ayat ini juga, membuatkan hati ini takut untuk meningalkan dan masih kekal  di jalan tarbiyah ini, walaupun tahap keimanan naik dan turun, tetapi bukan dengan cara kita meninggalkan jalan tarbiyah ini.

Allahu Rabbi, jika Allah masih kekalkan kita di jalan tarbiyah ini, bersyukurlah pada Allah asbab Allah masih memilih kita dan masih belum menggantikan kita dengan orang lain..jangan kita sia-siakan nikmat dan peluang yang Allah masih beri pada kita.. teruskan berbuat! jangan pernah merasa diri tak layak dan tak mampu untuk meneruskan jalan tarbiyah yang kita lalui sekarang.

********

akhir kalam, buat sahabatku, walaupun kita tidak bersama lagi dalam gerak kerja, saya harap, kamu carilah jalan tarbiyah yang boleh mendekatkan diri kamu kepada Allah [boleh refer surah al-maidah,5:35], banyak je cara yang boleh dekatkan diri kita kepada Allah, cumanya ia bergantung pada kesungguhan dalam diri kita, saya sentiasa mendoakan agar kamu tetap istiqamah dalam jalan tarbiyah yang kamu pilih, jalinan ukhwah itu masih lagi terbina walaupun kita berbeza cara tarbiyahnya,

Hamba Allah
2338
271112

Friday, November 9, 2012

SiAPa KiTa.

In The Name of Allah
~moga Allah Redha~

Sesungguhnya segala Puji hanya Milik Allah, kami memuji-Nya, meminta pertolongan kepada-Nya, dan meminta keampunan kepada-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa-jiwa kami, dan dari keburukan-keburukan perbuatan kami. Barangsiapa diberi Petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang akan menyesatkannya, dan barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang diberikan petunjuk. saya bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.

Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bernafas dan menghirup udara ciptaan Allah, jangan kita persia-siakan nikmat yang Allah beri kepada kita..nikmat iman dan islam terutamanya..

*********

sebelum ini, saya sekadar mendengar sahaja akhawat-akhawat yang bercerita berkaitan masalah ada organisasi yang menghalang untuk membuat halaqah, dan baru-baru ini, alhamdulillah saya pula menghadapi dan merasinya sendiri..

halaqah sudah  hampir 1jam berjalan, maka tibalah giliran saya untuk memberi pengisian, sebelum memulakan pengisisan, saya menyuruh mad'u-mad'u menulis bayan (bahan) untuk di kupas setelah naik cuti nanti asbab untuk pengisian kali ini saya hanya ingin kongsikan berkaitan pengorbanan bersempena raya qurban.

sedang saya asyik melihat mereka mencatat, tiba-tiba datang pula sekumpulan kecil akak-akak di tempat kami berhalaqah, hati saya masa itu memang dah rasa lain..

saya tahu tujuan akak-akak tersebut tidak membenarkan kami berhalaqah disitu.. soalan bertubi-tubi ditanya kepada kami, begitu jua dengan anak halaqah saya yang bertubi-tubi juga persoalan yang singgah di fikiran mereka, tapi mereka hanya mampu mendengar sahaja apa yang akak-akak tue tanya dan katakan..

banyak yang akak-akak tersebut tanya kepada kami..macam-macam kata-kata yang di utarakan..cuma, di sini saya nak highlight ayat salah seorang akak kepada kami, ayatnya lebih kurang bunyinya begini,

'akak bukan apa, sekarang nie kan banyak je kes-kes sesat la, apa la, kalau adik betul-betul nak buat sharing, join la dengan kami, kitorang pun ada buat sharing, ada mento mentee, kalau join kami, dah xde masalah..'

mendengar pernyataan akak tue, saya hanya sekadar melemparkan senyuman sahaja pada mereka...saya tak berminat untuk berhujah dengan mereka, berhujah dengan mereka pun, mereka tetap akan pertahankan hujah mereka, dan merasakan apa yang dia buat adalah benar..yang bermain di minda saya semasa itu adalah untuk ilaj (paham) kan semula anak halaqah saya... dan di sini lah tempat saya akan luahkan pendapat dan pandangan saya...sekiranya ada yang salah, minta di tegur ye..=) insyaAllah, saya akan berlapang dada untuk menerimanya..
********
'perkara macam nie memang dah biasa berlaku, kadang-kadang akak pun tak faham dengan mereka.' 

permulaan perbicaraan saya kepada anak halaqah setelah akak-akak tadi beredar meninggalkan tempat kami berhalaqah.

saya betul-betul pelik, kenapalah masih ada lagi insan yang menghalang orang lain berbuat perkara baik, sedangkan mereka yang menghalang itu pun orang yang baik, mungkin lebih baik dari diri ini, tapi kenapa perkara ini berlaku juga?saya yakin, jika ditanya mengapa buat seperti ini dan itu, pasti jawapannya akan sama sahaja, tapi mengapa nak menghalang orang lain dari berbuat?tepuk dada, tanya iman dan mari bermuhasabah diri masing-masing...

siapa kita nak kata mereka ini sesat?adakah kita nak mengulang sejarah semasa zaman Nabi dahulu?kalau zaman dahulu, nabi mengajak manusia memeluk islam, dan Baginda dikatakan sesat sebab membawa ajaran yang salah, tetapi, kalau zaman sekarang nie. manusia dah ramai yang islam, tetapi kenapa mesti nak kata sesat lagi?saya betul-betul tak faham masyarakat sekarang..sebelum nak kata sesat..selidik la dulu..jangan dok terus kata sesat tanpa meneliti terlebih dahulu..sabar jela dengan mereka...jom kita lihat terjemahan, dalam Al-quran sendiri dah begitahu..


'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.' 
(Al-Hujurat,49:6)


Subhanallah, Allah sendiri mengingatkan kita supaya selidik dahulu kebenarannya...bukan kita terus melabelkan mereka sesat..adakah kita ingin menjadi seperti orang pada zaman jahiliyah dulu?melabelkan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW adalah sesat sedangkan mereka tak menyelidik pun kebenaran ajaran yang dibawa oleh Baginda..jom kita muhasabah diri kita balik..

hmm...lagi satu masalah, siapa kita nak nak halang mereka yang mengajak orang kepada kebaikan?saya betul-betul tak faham, kami yang sedang duduk untuk saling mengingatkan apa yang lupa, yang ingin memperbetulkan akhlak dan keimanan, kami jugalah yang dihalang sedangkan ramai lagi insan-insan yang masih berbuat maksiat diluar sana, mengapa kita tak nak halang dan tegur perbuatan ataupun tindakan mereka? insan-insan yang berbuat kebaikan itulah yang 'depa' nak halang.. ia menjadi persoalan pada diri kita..

'..berlumba-lumbalah dalam kebaikan' (QS Al-baqarah,2:148) bukan dengan cara kita menghalang orang lain dari membuat  kebaikan (contohnya, usrah@halaqah@taklim) asbab kita sahaja yang boleh@layak untuk buat kebaikan tersebut, lagipun orang atasan tahu kewujudan kita. walhal, berlumba-lumba ke arah kebaikan itu sepatutnya ada wujud rasa untuk lebih bersemangat lagi dalam berbuat apabila melihat orang lain berbuat kebaikan seperti apabila kita melihat ada yang mengajak insan-insan lain yang masih lalai dan leka, secara automatiknya akan wujud dalam hati untuk berfikir bagaimana hendak mengajak lebih ramai lagi insan ke arah pembaikan dan tak perlulah nak menghalang orang lain yang berbuat kebaikan itu..itukan lebih baik..betul tak?

adakah bila kita memegang jawatan, kita berhak menghalang orang lain untuk membuat kebaikan?perlu meminta kebenaran terlebih dahulu apabila ingin membuat kebaikan (seperti usrah@taklim@halaqah). adakah kita ingin menjadi seperti firaun? jom lagi sekali saya mengajak pembaca untuk membuka manual kita(Al-Quran), dan sama-sama melihat terjemahannya dan mentaddabur ayatnya..lihat surah Al-A'raf,7:123

Fir’aun berkata: “Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu?, sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya daripadanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini).
(Al-A'raf 7:123)

terasa takut juga apabila mendengar ayat Allah ini..sekali lagi saya bertanya..adakah kita ingin menjadi seperti firaun?mesti tak ingin kan?nak buat perkara baik kena minta kebenaran, sedangkan nak buat jahat tak perlukan kebenaran? persoalan-persoalan ini, saya harap pembaca sendiri menjawapnya..tepuk dada tanyalah iman pembaca...

akhir kalam, cuba kita telusuri sirah Nabi, dimana ketika Baginda menyebarkan Islam, adakah Baginda meminta kebenaran kepada pemerintah untuk menyebarkan islam? tidak bukan? banyak juga tentangan dan ujian yang Baginda hadapi, tetapi, Nabi tetap menyebarkan islam..jadi, saya harap, jadikanlah Nabi sebagai contoh ikutan terbaik buat diri kita, kita tidak berputus asa, dan merasa lemah dengan halangan yang di terima, mugkin halangan dan ujian yang kita hadapi terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan Rasulullah dan para sahabat-sahabat baginda..teruskan berbuat kebaikan semata-mata ingin mencari keredhaan dari Allah..

pesanan dan peringatan buat diri yang masih lemah..semoga Allah tetapkan hati-hati kita berbuat terus berbuat kebaikan...insyaAllah..

p/s: maaf, lambat post entry ini, sepatutnya saya post semasa cuti semester tapi baru hari ini sempat untuk menyiapkan entry ini, mungkin disebabkan kesibukan dalam diri, dan mungkin sahaja disebabkan penghalang diatas dosa-dosa yang saya lakukan..semoga bermanfaat..

Hamba Allah
2112
091112


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...