Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian. [Al-Isra’, 17:82]
tiba-tiba teringat kata-kata dari ustazah hafizah..
'kalau kita lihat anak kita buat salah, kadang-kadang bukan anak itu sahaja yang kena bertaubat kepada Allah, mak ayahnya lebih lagi kena bertaubat...
kalau suaminya lihat isteri buat kesilapan, bukan isteri sahaja yang kena bertaubat, malah suami pun lebih2 lagi bertaubat kepada Allah...
kerana barangkali ada bahagian untuknya dalam dosa anak dan isteri tersebut..'
ayat ini cukup membuatkan diri ini bermuhasabah..
ayatnya membuatkan diri ini berfikir, jika sahabat kita, adik beradik,kawan-kawan, dan akhawat kita ada buat salah@kesilapn, bukan mereka sahaja yang kena bertaubat kepada Allah, kita lebih-lebih lagi kena bertaubat kepada Allah, mungkin ada bahagian untuk kita dalam dosa-dosa mereka tersebut kerana ada amanahnya...
jadi, sama-sama kita fikirkan...
disini, saya sertakan sekali videonya...terima kasih pada yang mengupload rakaman ini...
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Pencipta seluruh alam... Alhamdulillah juga kerana sehingga hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam...semoga kita tidak mensia-siakan nikmat yang Allah beri...
insyaAllah, hari ini sekadar ingin kongsikan pengalaman pergi ke mukhayam (kem). Subhanallah, saya sangat bersyukur kerana dapat pergi mukhayam..walaupun pada awalnya, saya berasa agak berat juga untuk pergi mukhayam nie.. Alhamdulillah, mukhayam nie sedikit sebanyak dapat memulihkan semangat saya yang kian pudar..terima kasih kepada NSTC ( Neo Synergy Training Centre) kerana telah menganjurkan program ini..
hmm, mukhayam kali ini berbeza dengan mukhayam tahun lepas, kalau mukhayam tahun lepas banyak aktiviti dalam hutan iaitu meneroka alam ciptaan Allah.. tetapi mukhayam kali ini lebih kepada khidmat masyarakat dan ukhwah..
saya tidak dapat join aktiviti taaruf sebabnya akhawat dari shah alam bergerak ke kelantan jumaat malam, dan sampai pada sabtu pagi..aktiviti taaruf bermula pada jumaat malam..ramai juga akhawat yang hadir ke mukhayam hampir cecah 2ratus orang juga, sememang sangat ramai akhawat yang masih saya tidak kenal..saya hanya kenal sebilangan kecil sahaja.. setelah sampai di chalet seri telong, Bachok, Kelantan...kelihatan akhawat yang sedang beristerehat sementara menunggu aktiviti seterusnya...
Alhamdulillah, pagi sabtu, sebelum bermula aktiviti pertama, kami dikehendaki nyanyi lagu tema untuk mukhayam kali nie...lagu ni saya pernah dengar juga sebelum nie, saya tidak tahu kenapa bila saya hayati lirik lagu nie, cukup membuatkan hati nie rasa sebak sangat,bait2 lirik lagu tersebut sangat bermakna, lagu tema kali ini adalah lagu wahai para mujahid, disini saya beri sekali lirik dan lagunya..
Wahai Para
Mujahid
lagu: The
Zikr
Wahai para
mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah
tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah
harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan
keyakinan teruskanlah perjuangan
Wahai para
mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat
hidup duniawi
Biarpun
ianya begitu indah
Namun hanya
sementara
Memang
berjuang itu terkorban
Kerana kita
berjuang untuk berkorban
Itulah asam
garam perjuangan
Syarat
mendapat cinta Allah
Wahai para
pejuang kebenaran
Suburkanlah
semangat juangmu
Setiap masa
sepanjang hayatmu
Dengan irama
hiburan ini
Tempuhilah
penderitaan
Di dalam
perjuangan
Kerana itu
adalah penghapus dosamu
Berjuang
kerana Ilahi
Walaupun
sedikit tetap kan dinilai
Sebagai
amalanmu yang soleh
setelah selesai nyanyi lagu tema, kami di bahagikan kepada 15 kumpulan untuk aktiviti pertama iaitu aktiviti penyembelihan ayam.. masa slot nie, akhawat diminta untuk menyembelih seekor ayam, dan dibersihkan ayam tersebut untuk di masak, semua kena buat dalam kumpulan, macam-macam ragam saya melihat akhawat, ada yang takut takut nak pegang ayam,ada yang tak berani nak sembelih ayam, dan macam-macam lagi..
saat memerhatikan telatah akhawat tiba-tiba saya teringat masa zaman sekolah dulu... hanya mampu tersenyum bila mengingatkan kembali...seingat saya, masa darjah khas sekolah agama dulu, ada juga aktiviti penyembelihan ayam..saya diberi kesempatan untuk sembelih ayam, masa tu takut juga nak sembelih, tapi saya ada juga keinginan untuk mencuba sembelih, Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menyembelih ayam..apa yang membuatkan saya tersenyum, ayam yang saya sembelih tue masih hidup, ayam tersebut boleh naik atas bukit lagi...Allah, terkejut juga masa tue...boleh makan ke ayam tue.. tapi bila ustaz lihat ayam tersebut, semua urat sudah terputus...pelik, tapi tue lah yang tejadi..=)
Alhamdulillah juga, mukhayam kali ini, saya diberi peluang untuk kali ketiga menyembelih ayam..takut juga perkara yang sama berulang kembali, tapi alhamdulillah, ayam tue selamat disembelih..
kalau mukhayam yang lepas, kami hanya masak sardin sahaja, tapi kali ini, kami kena masak ayam..ayam yang kami sembelih, kami kena bersihkan dan kemudian masak...kami hanya boleh masak sup ayam sahaja..ada group yang separuh goreng ayam, separuh lg dibuat sup, tapi group saya hanya buat sup ayam je..
next aktiviti adalah jom berkampung..untuk aktiviti kali ini, setiap kumpulan perlu mencari rumah yang ada tampal logo NSTC, dan di minta untuk beramah mesra dengan tuan rumah tersebut serta membersihkan rumah tersebut...setelah selesai membersihkan rumah tersebut, kami dikehendaki menjual 3 buah majalah sinergi edisi ke-8 di kampung tersebut... agak mencabar juga aktiviti ini sebabnya kawasan kampungnya memang luas..dan agak letih juga sebenarnya untuk mencari rumah yang ada logo NSTC...tapi yang seronoknya, saya dapat lihat monyet, lembu, kambing, ikan..
aktiviti seterusnya adalah riadah..banyak games yang kami main, antaranya adalah ikat kaki seiring, berjalan seperti ulat gonggok, tarik tali, bina istana pasir, main guli, bola pantai, makan pisang, dll...untuk riadah saya tak nak ulas panjang sangat..
malamnya pula, ada sesi sharing dari akhawat...tajuknya 'aku akhawat di tarbiyah' , banyak input yang saya dapat, setiap kata-kata akhawat tue reflect balik dalam diri saya sebenarnya... banyak jawapan dari persoalan saya sudah terjawab dalam sharing nie... Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang dan ruang kepada saya untuk berubah dan kembali bersemangat dalam tarbiyah ini...
pada esoknya, merupakan hari terakhir saya di mukhayam nie, dan aktiviti terakhir merupakan kembara musafir.. aktiviti ini lebih kurang macam explorace juga.. semua kumpulan dikehendaki pergi ke semua 8 check point...klu dalam bahasa kelantan...adalah juga perkataan yang saya tak faham..=) setiap check point nie, kami kena buat apa yang tuan rumah tu buat kerja sehariannya..antara aktivitinya adalah, menangkap ikan 2 ekor, buat kuih akok, masa buat kuih nie, makcik tu lah yang ajar cara buat kuih nie...kuihnya kena bakar, habis tudung berbau asap sebab makcik nie bakar kuih nie sacara manual.. tapi buat kuih nie memang mudah je..cuma saya kurang minat dengan kuih ini sebab agak manis rasanya...
kuih akok
ada check point yang menyuruh kami untuk mengupas kelapa..setiap kumpulan kena bersihkan kelapa tua 4 biji,, 1 biji daripanya kami kena parut dan kelapa muda 1 biji untuk di buat minum... untuk check point nie agk mncabar juga sebab ada akhawat yang tak pernah buat..bila kena pengarahan seperti ini, saya tiba-tiba teringat sebelum balik u, mak saya menyuruh saya buat perkara yang sama, cuma sebiji jela kena bersihkan..Allah, memang susah nak bersihkan, kena menggunakan tenaga yang banyak...saya cuma perempuan yang lemah, ingatkan tak kena buat lagi...hehehe, tapi nak tak nak buat juga la...berpeluh juga nak bersihkan sebiji kelapa nie...tangan memang sakit la sebab kena tarik sabut2 tue..biasanya kat rumah ayah yang bersihkan...hehe...memang hancur jugalah kelapa yang kumpulan kami buat tue... makan masa yang agak lama juga la nk bersihkan...
sebelum di buang sabutnya
setelah di buang sabutnya
antara check point lain, kami kena buat layang-layang, main boling pantai, bersihkan ubi kayu dan tanam timun, plus ada check point yang beristirehat sebentar untuk buat dhuha dan mentaddabur ayat, kumpulan kami taddabur surah Al-baqarah, 2:214
'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu kepada kamu? mereka telah ditimpa kepapan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "bilakah(datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah'
nak cerita in detail memang 2 hari pun tak habis lagi taip...rasanya ckup setakat ini sahaja dulu... apa yang dapat saya simpulkan disini, mukhayam kali nie bukan sekadar merapatkan ukhwah sesama akhawat dan masyarakat sahaja, bukan juga menguji fizikalnya juga, tetapi dari segi keimanan seseorang juga terisi...insyaAllah..
Alhamdulillah...hari nie genap 21 tahun sahabat saya di lahirkan...Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umurnya untuk menghirup udara segar pemberianNya, masih dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah...serta masih dapat mendengar kalam Allah..insyaAllah...
entry kali nie sekadar ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat saya...maaf la ye asbab tak ucap di msg, dan tak terluah dari kata-kata bila mendengar suaramu...hehehe, sebab kali nie nak ucap dekat blog sahaja...biar hati ini yang berbicara...
sebelum saya menulis lebih panjang...harap sahabat saya boleh la dengar lagu nie ye...dengar bait lirik lagu nie...semoga kita sentiasa muhasabah diri kita...insyaAllah...
Selamat,
selamat, selamat hari lahir.
Selamat
dari kemurkaan Allah,
Selamat
dari maksiat zahir dan batin,
Selamat
bersyukur, selamat bersabar.
Demi
masa, sesungguhnya manusia itu rugi,
Kecuali yang
beriman dan beramal soleh,
Juga yang
ingin mengingatkan
Kepada
kebenaran dan kesabaran.
Dari
Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,
Umur yang
di pinjam hargai lah,
Gunakan
untuk berbakti dan menyembah Allah,
Bila
dapat nikmat, malu lah dengannya,
Bila
dapat ujian, redha lah denganya,
Bersiap
sedia lah untuk pulang pada NYA,
Hidup di
dunia sebenarnya tipu daya.
______________________________________________________________ dekat atas nie sebahagian dari lirik lagu nie...bukan lagu yang sedap tue yang saya nak bg dengar...cuma bait lirik lagu nie yang nak saya ajak kita hayati dan muhasabah..insyaAllah...saya suka liriknya..
umur kita sudah semakin meningkat tandanya kematian menghampiri kita...apa yang telah kita sumbangkan selama kita hidup ini?adakah kita banyak sumbangkan pahala ataupun dosa?jom kita muhasabah..
kepda sahabatku..disini, ada sedikit pesanan ringkas dariku...mungkin tidak seberapa, tapi semoga menjadi peringatan bersama dan juga buat kaum hawa...
first sekali, nak ucap selamat hari lahir yang ke-21 tahun, semoga peningkatan umur kita seiring dengan peningkatan iman kita...Alhamdulillah juga asbab telah berniqab bersempena dengan hari lahirmu, mungkin ia menjadi sejarah buat dirimu, diri ini turut merasa gembira walaupun diri ini masih belum diberi kekuatan untuk memakai...mungkin disababkan penghalang dari dosa-dosa yang masih lagi banyak tidak bertaubat...hanya mampu tersenyum mendengar cerita pakai niqab untuk pertama kali...Alhamdulillah...moga tetap istiqamah dalam berniqab ye sadiqati...cuma ada sedikit pesanan bila sudah berniqab nie...walaupun diri ini belum berniqab...mungkin ini juga merupakan satu nasihat buat diri ini bila sudah berniqab nanti (tak tahu lagi bila)..
once sudah berniqab, kita perlu menjadi contoh terbaik, orang berniqab nie, semua orang akan memerhati...mungkin akan memerhati dari segi percakapan kita, dari segi berpakaian kita, dari segi akhlak kita, senang cerita dari segi semua aspek la...kalau baik akhlak kita, insyaAllah, tak akan ada yang bercerita keburukan orang yang berniqab nie..tapi hindarilah daripada orang lain bercerita tentang keburukan@aib orang berniqab ini, kadang-kadang perkara yang kecil pun dibesar-besarkan...saya tahu bukan mudah untuk berniqab nie, tak semua orang mampu atau diberi kekuatan untuk berniqab...insyaAllah, kalau niat kita betul hanya ingin mencari Redha Allah...kita akan sentiasa berhati-hati...mungkin masih banyak lagi perkara-perkara maksiat yang masih belum kita tinggalkan, jadi kita kenalah usahakan untuk mengikis maksiat-maksiat yang masih dalam diri kita..tak kan kita nak biarkan sahaja kan...mari sama-sama kita perbaiki diri menjadi lebih baik dari sebelumnya..
rasanya sampai sini dulu la pesanan buat sahabat saya dan juga buat diri saya...maaf sekali lagi buat sahabat saya ye asbab lambat wish...bukan tak ingat, tapi saja nak wish lambat...asif jiddan..