Pages

Sunday, November 25, 2012

TeMaN...

In The Name of Allah
~moga Allah Redha~

Alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat iman dan islam pada kita semua.. gunakanlah nikmat yang Allah beri kepada kita itu sebaik yang mugkin sebelum nikmat itu Allah tarik kembali, saat itu, kita nak menyesal tiada guna lagi..

'patutkah aku sharekan perkara ini?adakah ia memberi manfaat pada pembaca?dan terutama sekali buat si penulis itu sendiri?' hati bermonolog penuh persoalan yang perlukan jawapan..

insyaAllah, saya terpukul juga dengan persoalan di atas, dan saya rasa saya patut kongsikan serba sedikit kepada pembaca dan merupakan peringatan buat si penulis itu sendiri..

******
'wanie, kalau tiba-tiba saya dah tak join jemaah ini, kita masih kawan kan?' 

tersentap seketika mendengar kata-kata yang keluar dari mulut sahabat yang merangkap akhwat saya juga.. ya Allah, kuatkanlah imannya.. saya agak terkejut sebenarnya, perkataan itu keluar semasa kami sedang menunggu makanan sampai, dan baru saja balik dari sekolah.

'kenapa kata macam tue?ada niat nak keluar ke?'

saya melemparkan senyuman seolah-olah menganggap ia sebagai gurauan..tapi, saya tahu yang hakikatnya dia memang ada niat untuk ke arah itu..

walaupun usia tarbiyah kami sama, tetapi, keputusan telah pun dibuat..awal muharam 1434 kali ini, saya kehilangan seorang akhawat...agak sedih juga, asbab saya kehilangan seorang akhawat, tapi kami tetap bersahabat baik, cumanya kami dah tak bergerak kerja sama lagi..

atas alasan apa dia keluar, saya rasa tak perlu di ulas di sini, rasanya masing-masing ada alasan tersendiri mengapa ia buat begitu, takut nak mengulas panjang, asbab takut diri di uji dengan apa yang di katakan..

*******
sejak kebelakangan ini, berita kehilangan akhawat itu kerap kali saya dengar...menjadi kerisauan juga dalam hati ini,

'adakah aku bakal menyusul seperti mereka?'

'adakah aku masih kekal di jalan tarbiyah ini?'

'ya Allah, sanggupkah aku meninggalkan jalan tarbiyah yang telah membawa diri ini ke jalan-Mu?'

Allahu Rabbi...terasa sesak juga dada ini ingin menjawap persoalan di atas..

kalam suci Allah juga membuatkan diri ini takut untuk berundur...jom kita lihat dan tadabbur surah At-Taubah,9:39,


'Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih, dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.'
[At-Taubah,9:39]

dan boleh juga kita tengok dalam surah Muhammad,47:38

'Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) pada jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barangsiapa yang kikir maka sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya,dan kamulah yang membutuhkan(karunia-Nya) dan jika kamu berpaling(dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan(durhaka) seperti kamu ini.'
[Muhammad,47:38]

Allahu Rabbi, tegasnya ayat Allah ini kan.. Allah memberi peringatan kepada kita yang tidak pergi berangkat dan berinfak. berangkat dan infak yang bagaimana??

contohnya, berangkat untuk pembaikan dalam diri kita! berangkat untuk mendekatkan diri kepada Allah! berangakat untuk mengajak orang lain kepada kebaikan! berangkat untuk melawan hawa nafsu kita! dan yang seangkatan dengannya.. 

contoh infak pula? mungkin dalam surah Muhammad,47:38 hanya ditegaskan infakkan hartamu, mungkin juga ada dikalangan para pembaca yang mampu untuk menginfakkan hartanya di jalan Allah dengan cara memberi sedekah, bagaimana pula bagi yang tidak mampu untuk berinfak dengan hartanya? kalau tidak mampu untuk infakkan harta, kita boleh sahaja menginfakkan masa kita pergi ke halaqah, infakkan tenaga kita untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan, infakkan fikiran kita untuk kebaikan orang lain, dan banyak lagi contoh infak yang boleh kita lakukan selain infak harta.

dalam ayat di atas, Allah sendiri memberi tahu kepada kita yang Allah akan gantikan kita dengan orang yang lagi baik??nak ke Allah gantikan kita dengan insan yang lebih bersungguh-sungguh di jalan tarbiyah nie?? kita berundur dalam jalan tarbiyah ini, tiba-tiba Allah tutup pintu hati kita? bukan sekadar Allah menggantikan kita  dengan orang lain malah Allah hukum juga kita dengan azab yang pedih. mugkin juga Allah azab kita cash kat dunia tanpa kita sedari, dan mungkin juga azab itu Allah tangguhkan dahulu... nauzubillah, minta kita di jauhkan dari azab Allah..

Allahu Rabbi, takut dengan peringatan Allah ini! mungkin dengan ingat ayat ini juga, membuatkan hati ini takut untuk meningalkan dan masih kekal  di jalan tarbiyah ini, walaupun tahap keimanan naik dan turun, tetapi bukan dengan cara kita meninggalkan jalan tarbiyah ini.

Allahu Rabbi, jika Allah masih kekalkan kita di jalan tarbiyah ini, bersyukurlah pada Allah asbab Allah masih memilih kita dan masih belum menggantikan kita dengan orang lain..jangan kita sia-siakan nikmat dan peluang yang Allah masih beri pada kita.. teruskan berbuat! jangan pernah merasa diri tak layak dan tak mampu untuk meneruskan jalan tarbiyah yang kita lalui sekarang.

********

akhir kalam, buat sahabatku, walaupun kita tidak bersama lagi dalam gerak kerja, saya harap, kamu carilah jalan tarbiyah yang boleh mendekatkan diri kamu kepada Allah [boleh refer surah al-maidah,5:35], banyak je cara yang boleh dekatkan diri kita kepada Allah, cumanya ia bergantung pada kesungguhan dalam diri kita, saya sentiasa mendoakan agar kamu tetap istiqamah dalam jalan tarbiyah yang kamu pilih, jalinan ukhwah itu masih lagi terbina walaupun kita berbeza cara tarbiyahnya,

Hamba Allah
2338
271112

Friday, November 9, 2012

SiAPa KiTa.

In The Name of Allah
~moga Allah Redha~

Sesungguhnya segala Puji hanya Milik Allah, kami memuji-Nya, meminta pertolongan kepada-Nya, dan meminta keampunan kepada-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa-jiwa kami, dan dari keburukan-keburukan perbuatan kami. Barangsiapa diberi Petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang akan menyesatkannya, dan barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang diberikan petunjuk. saya bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.

Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bernafas dan menghirup udara ciptaan Allah, jangan kita persia-siakan nikmat yang Allah beri kepada kita..nikmat iman dan islam terutamanya..

*********

sebelum ini, saya sekadar mendengar sahaja akhawat-akhawat yang bercerita berkaitan masalah ada organisasi yang menghalang untuk membuat halaqah, dan baru-baru ini, alhamdulillah saya pula menghadapi dan merasinya sendiri..

halaqah sudah  hampir 1jam berjalan, maka tibalah giliran saya untuk memberi pengisian, sebelum memulakan pengisisan, saya menyuruh mad'u-mad'u menulis bayan (bahan) untuk di kupas setelah naik cuti nanti asbab untuk pengisian kali ini saya hanya ingin kongsikan berkaitan pengorbanan bersempena raya qurban.

sedang saya asyik melihat mereka mencatat, tiba-tiba datang pula sekumpulan kecil akak-akak di tempat kami berhalaqah, hati saya masa itu memang dah rasa lain..

saya tahu tujuan akak-akak tersebut tidak membenarkan kami berhalaqah disitu.. soalan bertubi-tubi ditanya kepada kami, begitu jua dengan anak halaqah saya yang bertubi-tubi juga persoalan yang singgah di fikiran mereka, tapi mereka hanya mampu mendengar sahaja apa yang akak-akak tue tanya dan katakan..

banyak yang akak-akak tersebut tanya kepada kami..macam-macam kata-kata yang di utarakan..cuma, di sini saya nak highlight ayat salah seorang akak kepada kami, ayatnya lebih kurang bunyinya begini,

'akak bukan apa, sekarang nie kan banyak je kes-kes sesat la, apa la, kalau adik betul-betul nak buat sharing, join la dengan kami, kitorang pun ada buat sharing, ada mento mentee, kalau join kami, dah xde masalah..'

mendengar pernyataan akak tue, saya hanya sekadar melemparkan senyuman sahaja pada mereka...saya tak berminat untuk berhujah dengan mereka, berhujah dengan mereka pun, mereka tetap akan pertahankan hujah mereka, dan merasakan apa yang dia buat adalah benar..yang bermain di minda saya semasa itu adalah untuk ilaj (paham) kan semula anak halaqah saya... dan di sini lah tempat saya akan luahkan pendapat dan pandangan saya...sekiranya ada yang salah, minta di tegur ye..=) insyaAllah, saya akan berlapang dada untuk menerimanya..
********
'perkara macam nie memang dah biasa berlaku, kadang-kadang akak pun tak faham dengan mereka.' 

permulaan perbicaraan saya kepada anak halaqah setelah akak-akak tadi beredar meninggalkan tempat kami berhalaqah.

saya betul-betul pelik, kenapalah masih ada lagi insan yang menghalang orang lain berbuat perkara baik, sedangkan mereka yang menghalang itu pun orang yang baik, mungkin lebih baik dari diri ini, tapi kenapa perkara ini berlaku juga?saya yakin, jika ditanya mengapa buat seperti ini dan itu, pasti jawapannya akan sama sahaja, tapi mengapa nak menghalang orang lain dari berbuat?tepuk dada, tanya iman dan mari bermuhasabah diri masing-masing...

siapa kita nak kata mereka ini sesat?adakah kita nak mengulang sejarah semasa zaman Nabi dahulu?kalau zaman dahulu, nabi mengajak manusia memeluk islam, dan Baginda dikatakan sesat sebab membawa ajaran yang salah, tetapi, kalau zaman sekarang nie. manusia dah ramai yang islam, tetapi kenapa mesti nak kata sesat lagi?saya betul-betul tak faham masyarakat sekarang..sebelum nak kata sesat..selidik la dulu..jangan dok terus kata sesat tanpa meneliti terlebih dahulu..sabar jela dengan mereka...jom kita lihat terjemahan, dalam Al-quran sendiri dah begitahu..


'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.' 
(Al-Hujurat,49:6)


Subhanallah, Allah sendiri mengingatkan kita supaya selidik dahulu kebenarannya...bukan kita terus melabelkan mereka sesat..adakah kita ingin menjadi seperti orang pada zaman jahiliyah dulu?melabelkan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW adalah sesat sedangkan mereka tak menyelidik pun kebenaran ajaran yang dibawa oleh Baginda..jom kita muhasabah diri kita balik..

hmm...lagi satu masalah, siapa kita nak nak halang mereka yang mengajak orang kepada kebaikan?saya betul-betul tak faham, kami yang sedang duduk untuk saling mengingatkan apa yang lupa, yang ingin memperbetulkan akhlak dan keimanan, kami jugalah yang dihalang sedangkan ramai lagi insan-insan yang masih berbuat maksiat diluar sana, mengapa kita tak nak halang dan tegur perbuatan ataupun tindakan mereka? insan-insan yang berbuat kebaikan itulah yang 'depa' nak halang.. ia menjadi persoalan pada diri kita..

'..berlumba-lumbalah dalam kebaikan' (QS Al-baqarah,2:148) bukan dengan cara kita menghalang orang lain dari membuat  kebaikan (contohnya, usrah@halaqah@taklim) asbab kita sahaja yang boleh@layak untuk buat kebaikan tersebut, lagipun orang atasan tahu kewujudan kita. walhal, berlumba-lumba ke arah kebaikan itu sepatutnya ada wujud rasa untuk lebih bersemangat lagi dalam berbuat apabila melihat orang lain berbuat kebaikan seperti apabila kita melihat ada yang mengajak insan-insan lain yang masih lalai dan leka, secara automatiknya akan wujud dalam hati untuk berfikir bagaimana hendak mengajak lebih ramai lagi insan ke arah pembaikan dan tak perlulah nak menghalang orang lain yang berbuat kebaikan itu..itukan lebih baik..betul tak?

adakah bila kita memegang jawatan, kita berhak menghalang orang lain untuk membuat kebaikan?perlu meminta kebenaran terlebih dahulu apabila ingin membuat kebaikan (seperti usrah@taklim@halaqah). adakah kita ingin menjadi seperti firaun? jom lagi sekali saya mengajak pembaca untuk membuka manual kita(Al-Quran), dan sama-sama melihat terjemahannya dan mentaddabur ayatnya..lihat surah Al-A'raf,7:123

Fir’aun berkata: “Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu?, sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya daripadanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini).
(Al-A'raf 7:123)

terasa takut juga apabila mendengar ayat Allah ini..sekali lagi saya bertanya..adakah kita ingin menjadi seperti firaun?mesti tak ingin kan?nak buat perkara baik kena minta kebenaran, sedangkan nak buat jahat tak perlukan kebenaran? persoalan-persoalan ini, saya harap pembaca sendiri menjawapnya..tepuk dada tanyalah iman pembaca...

akhir kalam, cuba kita telusuri sirah Nabi, dimana ketika Baginda menyebarkan Islam, adakah Baginda meminta kebenaran kepada pemerintah untuk menyebarkan islam? tidak bukan? banyak juga tentangan dan ujian yang Baginda hadapi, tetapi, Nabi tetap menyebarkan islam..jadi, saya harap, jadikanlah Nabi sebagai contoh ikutan terbaik buat diri kita, kita tidak berputus asa, dan merasa lemah dengan halangan yang di terima, mugkin halangan dan ujian yang kita hadapi terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan Rasulullah dan para sahabat-sahabat baginda..teruskan berbuat kebaikan semata-mata ingin mencari keredhaan dari Allah..

pesanan dan peringatan buat diri yang masih lemah..semoga Allah tetapkan hati-hati kita berbuat terus berbuat kebaikan...insyaAllah..

p/s: maaf, lambat post entry ini, sepatutnya saya post semasa cuti semester tapi baru hari ini sempat untuk menyiapkan entry ini, mungkin disebabkan kesibukan dalam diri, dan mungkin sahaja disebabkan penghalang diatas dosa-dosa yang saya lakukan..semoga bermanfaat..

Hamba Allah
2112
091112


Tuesday, September 25, 2012

TeRaPi TaUBaT...


In The Name of Allah
moga Allah Redha

tiba-tiba teringat kata-kata dari ustazah hafizah..
'kalau kita lihat anak kita buat salah, kadang-kadang bukan anak itu sahaja yang kena bertaubat kepada Allah, mak ayahnya lebih lagi kena bertaubat...
kalau suaminya lihat isteri buat kesilapan, bukan isteri sahaja yang kena bertaubat, malah suami pun lebih2 lagi bertaubat kepada Allah...
kerana barangkali ada bahagian untuknya dalam dosa anak dan isteri tersebut..'



ayat ini cukup membuatkan diri ini bermuhasabah..
ayatnya membuatkan diri ini berfikir, jika sahabat kita, adik beradik,kawan-kawan, dan akhawat kita ada buat salah@kesilapn, bukan mereka sahaja yang kena bertaubat kepada Allah, kita lebih-lebih lagi kena bertaubat kepada Allah, mungkin ada bahagian untuk kita dalam dosa-dosa mereka tersebut kerana ada amanahnya...

jadi, sama-sama kita fikirkan...

disini, saya sertakan sekali videonya...terima kasih pada yang mengupload rakaman ini...


mari sama-sama kita dengar...

hamba Allah,
2245
250912

Tuesday, September 18, 2012

DaKWaH iTu...

In The Name of Allah
semoga Allah Redha

hanya berkongsi apa yang saya dapat di FB




DAKWAH Itu...

Dakwah, BERTUJUAN untuk…
Mengajak … bukan … mengejek
Mengajar … bukan … meng-hajar
Membina … bukan … menghina
Menasehati … bukan … menusuk hati

DAKWAH akan LANCAR dengan…
Menabur kasih … bukan … menguburnya
Menggalang kekuatan … bukan … menggulungnya
Menerangi kebenaran … bukan … memeranginya
Menjaga hak saudara … bukan … menjegalnya

Dakwah, SEHARUSNYA bisa…
Membimbing … bukan … membimbangkan
Memajukan … bukan … memojokkan
Menganjurkan … bukan … menghancurkan
Menyadarkan … bukan … menidurkan

DAKWAH akan lebih BERKUALITAS dengan…
Tabah hadapi cobaan … bukan … tambah minta pujian
Sabar lewati rintangan … bukan… gusar hadapi tantangan
Mewujudkan amalan nyata … bukan … mengumbar kata kata
Menuntun mad'u … bukan … menonton mereka

DAKWAH, terasa INDAH bila untuk…
Meneladani … bukan … menelanjangi
Saling memberi … bukan … saling meng-iri
Menyemangati … bukan … menyengat-mati
Mencipta rasa damai … bukan … membuat massa ramai

DAKWAH, terasa MANIS dengan…
Menebar senyum manis … bukan … mengumbar wajah sinis
Berakhlak halus … bukan … berakal bulus
Berniat tulus … bukan … berminat fulus

DAKWAH, itu UPAYA untuk…
Mempertahankan akidah … bukan … mempertuhankan kabilah
Menghidupkan sunnah … bukan … meredupkannya dg bid’ah
Menjadikan orang patuh … bukan … membuatnya jatuh
Membuat umat sembuh … bukan … menjadikannya kumat dan kambuh

Sungguh Islam Itu adalah Rahmat Bagi Semesta Alam, biarkan semua merasakan Indahnya Hidup Dalam Naungan Islam.


copy paste dari FB

Monday, September 17, 2012

MuKhAyAM NaSioNal

In The Name of Allah...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Pencipta seluruh alam... Alhamdulillah juga kerana sehingga hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam...semoga kita tidak mensia-siakan nikmat yang Allah beri...

insyaAllah, hari ini sekadar ingin kongsikan pengalaman pergi ke mukhayam (kem). Subhanallah, saya sangat bersyukur kerana dapat pergi mukhayam..walaupun pada awalnya, saya berasa agak berat juga untuk pergi mukhayam nie.. Alhamdulillah, mukhayam nie sedikit sebanyak dapat memulihkan semangat saya yang kian pudar..terima kasih kepada NSTC ( Neo Synergy Training Centre)  kerana telah menganjurkan program ini..

hmm, mukhayam kali ini berbeza dengan mukhayam tahun lepas, kalau mukhayam tahun lepas banyak aktiviti dalam hutan iaitu meneroka alam ciptaan Allah.. tetapi mukhayam kali ini lebih kepada khidmat masyarakat dan ukhwah..

saya tidak dapat join aktiviti taaruf sebabnya akhawat dari shah alam bergerak ke kelantan jumaat malam, dan sampai pada sabtu pagi..aktiviti taaruf bermula pada jumaat malam..ramai juga akhawat yang hadir ke mukhayam hampir cecah 2ratus orang juga, sememang sangat ramai akhawat yang masih saya tidak kenal..saya hanya kenal sebilangan kecil sahaja.. setelah sampai di chalet seri telong, Bachok, Kelantan...kelihatan akhawat yang sedang beristerehat sementara menunggu aktiviti seterusnya...

Alhamdulillah, pagi sabtu, sebelum bermula aktiviti pertama,  kami dikehendaki nyanyi lagu tema untuk mukhayam kali nie...lagu ni saya pernah dengar juga sebelum nie, saya tidak tahu kenapa bila saya hayati lirik lagu nie, cukup membuatkan hati nie rasa sebak sangat,bait2 lirik lagu tersebut sangat bermakna, lagu tema kali ini adalah lagu wahai para mujahid, disini saya beri sekali lirik dan lagunya..





Wahai Para Mujahid
lagu: The Zikr

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh


setelah selesai nyanyi lagu tema, kami di bahagikan kepada 15 kumpulan untuk aktiviti pertama iaitu aktiviti penyembelihan ayam.. masa slot nie, akhawat diminta untuk menyembelih seekor ayam, dan dibersihkan ayam tersebut untuk di masak, semua kena buat dalam kumpulan, macam-macam ragam saya melihat akhawat, ada yang takut takut nak pegang ayam,ada yang tak berani nak sembelih ayam, dan macam-macam lagi..


saat memerhatikan telatah akhawat tiba-tiba saya teringat masa zaman sekolah dulu... hanya mampu tersenyum bila mengingatkan kembali...seingat saya, masa darjah khas sekolah agama dulu, ada juga aktiviti penyembelihan ayam..saya diberi kesempatan untuk sembelih ayam, masa tu takut juga nak sembelih, tapi saya ada juga keinginan untuk mencuba sembelih, Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menyembelih ayam..apa yang membuatkan saya tersenyum, ayam yang saya sembelih tue masih hidup, ayam tersebut boleh naik atas bukit lagi...Allah, terkejut juga masa tue...boleh makan ke ayam tue.. tapi bila ustaz lihat ayam tersebut, semua urat sudah terputus...pelik, tapi tue lah yang tejadi..=)

Alhamdulillah juga, mukhayam kali ini, saya diberi peluang untuk kali ketiga menyembelih ayam..takut juga perkara yang sama berulang kembali, tapi alhamdulillah, ayam tue selamat disembelih..
kalau mukhayam yang lepas, kami hanya masak sardin sahaja, tapi kali ini, kami kena masak ayam..ayam yang kami sembelih, kami kena bersihkan dan kemudian masak...kami hanya boleh masak sup ayam sahaja..ada group yang separuh goreng ayam, separuh lg dibuat sup, tapi group saya hanya buat sup ayam je..


next aktiviti adalah jom berkampung..untuk aktiviti kali ini, setiap kumpulan perlu mencari rumah yang ada tampal logo NSTC, dan di minta untuk beramah mesra dengan tuan rumah tersebut serta membersihkan rumah tersebut...setelah selesai membersihkan rumah tersebut, kami dikehendaki menjual 3 buah majalah sinergi edisi ke-8 di kampung tersebut... agak mencabar juga aktiviti ini sebabnya kawasan kampungnya memang luas..dan agak letih juga sebenarnya untuk mencari rumah yang ada logo NSTC...tapi yang seronoknya, saya dapat lihat monyet, lembu, kambing, ikan..

aktiviti seterusnya adalah riadah..banyak games yang kami main, antaranya adalah ikat kaki seiring, berjalan seperti ulat gonggok, tarik tali, bina istana pasir, main guli, bola pantai, makan pisang, dll...untuk riadah saya tak nak ulas panjang sangat..

malamnya pula, ada sesi sharing dari akhawat...tajuknya 'aku akhawat di tarbiyah' , banyak input yang saya dapat, setiap kata-kata akhawat tue reflect balik dalam diri saya sebenarnya... banyak jawapan dari persoalan saya sudah terjawab dalam sharing nie... Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang dan ruang kepada saya untuk berubah dan kembali bersemangat dalam tarbiyah ini...

pada esoknya, merupakan hari terakhir saya di mukhayam nie, dan aktiviti terakhir merupakan kembara musafir.. aktiviti ini lebih kurang macam explorace juga.. semua kumpulan dikehendaki pergi ke semua 8 check point...klu dalam bahasa kelantan...adalah juga perkataan yang saya tak faham..=) setiap check point nie, kami kena buat apa yang tuan rumah tu buat kerja sehariannya..antara aktivitinya adalah, menangkap ikan 2 ekor, buat kuih akok, masa buat kuih nie, makcik tu lah yang ajar cara buat kuih nie...kuihnya kena bakar, habis tudung berbau asap sebab makcik nie bakar kuih nie sacara manual.. tapi buat kuih nie memang mudah je..cuma saya kurang minat dengan kuih ini sebab agak manis rasanya...

kuih akok
ada check point yang menyuruh kami untuk mengupas kelapa..setiap kumpulan kena bersihkan kelapa tua 4 biji,, 1 biji daripanya kami kena parut dan kelapa muda 1 biji untuk di buat minum... untuk check point nie agk mncabar juga sebab ada akhawat yang tak pernah buat..bila kena pengarahan seperti ini, saya tiba-tiba teringat sebelum balik u, mak saya menyuruh saya buat perkara yang sama, cuma sebiji jela kena bersihkan..Allah, memang susah nak bersihkan, kena menggunakan tenaga yang banyak...saya cuma perempuan yang lemah, ingatkan tak kena buat lagi...hehehe, tapi nak tak nak buat juga la...berpeluh juga nak bersihkan sebiji kelapa nie...tangan memang sakit la sebab kena tarik sabut2 tue..biasanya kat rumah ayah yang bersihkan...hehe...memang hancur jugalah kelapa yang kumpulan kami buat tue... makan masa yang agak lama juga la nk bersihkan...

   
       sebelum di buang sabutnya
setelah di buang sabutnya

antara check point lain, kami kena buat layang-layang, main boling pantai, bersihkan ubi kayu dan tanam timun, plus ada check point yang beristirehat sebentar untuk buat dhuha dan mentaddabur ayat, kumpulan kami taddabur surah Al-baqarah, 2:214

'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu kepada kamu? mereka telah ditimpa kepapan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "bilakah(datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah'

nak cerita in detail memang 2 hari pun tak habis lagi taip...rasanya ckup setakat ini sahaja dulu... apa yang dapat saya simpulkan disini, mukhayam kali nie bukan sekadar merapatkan ukhwah sesama akhawat dan masyarakat sahaja, bukan juga menguji fizikalnya juga, tetapi dari segi keimanan seseorang juga terisi...insyaAllah..

Monday, September 3, 2012

Alhamdulillah...21 tahun

In The Name Of Allah....

Alhamdulillah...hari nie genap 21 tahun sahabat saya di lahirkan...Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umurnya untuk menghirup udara segar pemberianNya, masih dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah...serta masih dapat mendengar kalam Allah..insyaAllah...

entry kali nie sekadar ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat saya...maaf la ye asbab tak ucap di msg, dan tak terluah dari kata-kata bila mendengar suaramu...hehehe, sebab kali nie nak ucap dekat blog sahaja...biar hati ini yang berbicara...

sebelum saya menulis lebih panjang...harap sahabat saya boleh la dengar lagu nie ye...dengar bait lirik lagu nie...semoga kita sentiasa muhasabah diri kita...insyaAllah...



Selamat, selamat, selamat hari lahir.
Selamat dari kemurkaan Allah,
Selamat dari maksiat zahir dan batin,
Selamat bersyukur, selamat bersabar.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu rugi,
Kecuali yang beriman dan beramal soleh,
Juga yang ingin mengingatkan
Kepada kebenaran dan kesabaran.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,
Umur yang di pinjam hargai lah,
Gunakan untuk berbakti dan menyembah Allah,
Bila dapat nikmat, malu lah dengannya,
Bila dapat ujian, redha lah denganya,
Bersiap sedia lah untuk pulang pada NYA,
Hidup di dunia sebenarnya tipu daya.
______________________________________________________________

dekat atas nie sebahagian dari lirik lagu nie...bukan lagu yang sedap tue yang saya nak bg dengar...cuma bait lirik lagu nie yang nak saya ajak kita hayati dan muhasabah..insyaAllah...saya suka liriknya..
umur kita sudah semakin meningkat tandanya kematian menghampiri kita...apa yang telah kita sumbangkan selama kita hidup ini?adakah kita banyak sumbangkan pahala ataupun dosa?jom kita muhasabah..

kepda sahabatku..disini, ada sedikit pesanan ringkas dariku...mungkin tidak seberapa, tapi semoga menjadi peringatan bersama dan juga buat kaum hawa...

first sekali, nak ucap selamat hari lahir yang ke-21 tahun, semoga peningkatan umur kita seiring dengan peningkatan iman kita...Alhamdulillah juga asbab telah berniqab bersempena dengan hari lahirmu, mungkin ia menjadi sejarah buat dirimu, diri ini turut merasa gembira walaupun diri ini masih belum diberi kekuatan untuk memakai...mungkin disababkan penghalang dari dosa-dosa yang masih lagi banyak tidak bertaubat...hanya mampu tersenyum mendengar cerita pakai niqab untuk pertama kali...Alhamdulillah...moga tetap istiqamah dalam berniqab ye sadiqati...cuma ada sedikit pesanan bila sudah berniqab nie...walaupun diri ini belum berniqab...mungkin ini juga merupakan satu nasihat buat diri ini bila sudah berniqab nanti (tak tahu lagi bila)..
once sudah berniqab, kita perlu menjadi contoh terbaik, orang berniqab nie, semua orang akan memerhati...mungkin akan memerhati dari segi percakapan kita, dari segi berpakaian kita, dari segi akhlak kita, senang cerita dari segi semua aspek la...kalau baik akhlak kita, insyaAllah, tak akan ada yang bercerita keburukan orang yang berniqab nie..tapi hindarilah daripada orang lain bercerita tentang keburukan@aib orang berniqab ini, kadang-kadang perkara yang kecil pun dibesar-besarkan...saya tahu bukan mudah untuk berniqab nie, tak semua orang mampu atau diberi kekuatan untuk berniqab...insyaAllah, kalau niat kita betul hanya ingin mencari Redha Allah...kita akan sentiasa berhati-hati...mungkin masih banyak lagi perkara-perkara maksiat yang masih belum kita tinggalkan, jadi kita kenalah usahakan untuk mengikis maksiat-maksiat yang masih dalam diri kita..tak kan kita nak biarkan sahaja kan...mari sama-sama kita perbaiki diri menjadi lebih baik dari sebelumnya..

rasanya sampai sini dulu la pesanan buat sahabat saya dan juga buat diri saya...maaf sekali lagi buat sahabat saya ye asbab lambat wish...bukan tak ingat, tapi saja nak wish lambat...asif jiddan..

Thursday, August 9, 2012

AkHiR RaMadHaN

In The Name of Allah...

InsyaAllah...hanya sekadar ingin kongsikan video youtube..semoga bermanfaat buat semua.. ramadhan sudah di penghujung...adakah target ramadhan kita tercapai??sama-sam kita usahakan mudah-mudahan apa yang kita target di bulan ramdhan kali ini tercapai.. selamat mendengar...


Monday, July 16, 2012

SaLaM RaMaDHaN....

In The Name of Allah....

Assalamualaikum buat sahabat blog sekalian...asif jiddan kerana telah lama membiarkan blog ini bersawang...masih belum di beri kesempatan untuk meng'update' blog ini dengan perkongsian yang bermanfaat..insyaAllah, jika berkesempatan, bakal meng'update' blog ini...mohon doa kalian agar blog ini bermanfaat buat yang membaca...insyaAllah...

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan 'Salam Ramadhan' kepada semua pembaca blog sekalian, semoga ramdhan kali ini akan wujud pembaikan dalam diri masing-masing, insyaAllah...

semoga ramadhan kali ini berlaku proses pemantapan dalam beribadah, dan tetap istiqamah serta istimrar(peningkatan) dalam ibadah yang dilakukannya..


"wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.."(Al-Baqarah,2:183)

harus diingatkan juga disini bahawa ramadhan bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja, tetepi juga kita harus menahan diri kita dari membuat perkara-perkara yang membolehkan kita jauh dari Rabb iaitu kita bermaksiat kepada Allah..



pertamanya,
tahanlah mata kita dari melihat perkara yang sia-sia seperti melihat cerita korea la, movie-movie yang entah apa-apa itu, bahkan terlalu lama mata kita diluangkan dilaman muka buku, dan memberi ruang pada mata kita untuk melihat majalah-majalah@komik-komik yang melalaikan, daripada mata kita melihat perkara yang tidak berfaedah, lebih baik kita lihat kalam suci Al-quran, ataupun melihat buku-buku ilmiah..betul tak??



keduanya,
tahanlah telinga kita daripada mendengar sesuatu yang tidak dapat manfaatnya, contohnya seperti mendengar lagu-lagu yang semestinya bakal melalaikan kita, mendengar umpatan orang la..so, mari kita berikan ruang pada telinga kita ini untuk mendengar ceramah@kuliah@tazkirah yang bermanfaat, ataupun mendengar orang lain membaca Al-quran, bukan sahaja kita dapat pahala, tapi insyaAllah dapat isi-isi yang bermanfaat untuk perubahan diri...

ketiganya,
tahanlah mulut kita dari mengatakan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala kita. contohnya, mulut kita ini digunakan untuk menfitnah@mengumpat orang, mulut kita ini mengeluarkan perkataan yang boleh membuatkan orang lain berkecil hati dengan kita.. jadi, apa kata kita gunakan mulut kita ini untuk basahkan dengan zikrullah ataupun basahkan ia dengan membaca Al-quran.



terakhirnya,
tahanlah kakimu daripada pergi ke tempat-tempat yang boleh buat kita lalai, contohnya, melangkahkan kaki untuk melepak, melangkahkan kaki untuk menonton wayang, dan yang seangkatan dengannya..jadi, gunakanlah kaki kita sebaik mungkin untuk pergi ke majlis ilmu, ataupun ke masjid untuk berterawih dan solat berjemaah di masjid...

apa yang saya harapkan, apa yang kita lakukan untuk pembaikan@perubahan diri semasa bulan ramdhan, tetaplah berbuat walaupun ramdhan telah pun berakhir...tetaplah istiqamah sahabatku sekalian...

buatlah target yang ingin kita capai semasa ramdhan yang bakal tiba beberapa hari lagi seperti, ingin mengkhatamkan Al-quran 2x semasa ramadhan, ingin mengkhatankan 3buah buku sirah, dan banyak lagi yang boleh kita fikirkan..

*******
mungkin ini merupakan ramdhan terakhir buat diri kita, maka sama-samalah kita buat semaximum mungkin untuk mendekatkan diri kita kepada Allah...

"wahai orang yang beriman!bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. sungguh, Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan.." (Al-Hasyr,59:18)

semoga ada perubahan dalam diri kita sepanjang ramdhan kali ini, mungkin juga dari tidak baik kepada yang baik, yang baik menjadi yang terbaik..insyaAllah...


Monday, May 7, 2012

KeMaTiaN iTu PaSTi..

Assalamualaikum sahabat blog yang insyaAllah akan sentiasa mendapat Rahmat dan Hidayah dari Allah hendaknya... apa khabar dengan iman??sihat atau sakit??kalau diri ditimpa sakit seperti demam,sakit kepala, sakit kaki dan lain-lain, kita rawatnya dengan ubat-ubatan tapi sekiranya iman kita sakit, pernah tak kita berusaha untuk merawatnya?? jika pernah Alhamdulillah, maknanya kita prihatin dengan kesihatan iman kita...sekiranya kita tidak pernah terfikir mungkin juga ambil sambil lewa dengan kesihatan iman kita...mari sama-sama kita muhasabah balik diri kita..

baru-baru ini, saya dan keluarga pergi ke bangan lalang, negeri sembilan.. semasa saya yang memandu kereta, setibanya di lebuhraya melaka, tiba-tiba perjalanan menjadi perlahan, rupa-rupanya terjadi satu kemalangan yang agak teruk, yang melibatkan dua buah kereta, sawaktu saya pandu, saya hanya perasan ada satu kereta yang habis hangus terbakar.. saat ternampak kejadian tersebut, tiba-tiba lutut saya mengigil, mulut tak henti-henti istighfar mohon keampunan...adakah kematian itu bakal menjemput diri ini juga?? ya Allah, hanya Allah sahaja tahu perasaan saya saat itu, dengan dapat desakan dari abang supaya bawa kereta tu cepat sikit... terasa ingin menangis pun ada juga..

'kenapa mesti nak suruh bawa kereta laju? aku takutlah kereta yang aku bawa nie bakal jadi macam kemalangan macam yang aku nampak tadi..takutnya...'  saya hanya mampu bermenolog didalam hati sahaja...

selepas sahaja terjadinya kemalangan tersebut, sepanjang perjalanan dari melaka hingga ke exit nilai, mulut nie tak henti-henti beristghfar, mengharapkan Allah mengampunkan dosa-dosa yang pernah saya lakukan..

*********************************


mungkin dalam beberapa hari ini, ada saja berita kematian yang kita akan dengar bukan?? tak ahli keluarga kita, mugkin jiran tetangga kita, mugkin juga rakan terdekat kita..

semua orang tahu bahawa kematian itu pasti bukan.. persoalannya sekarang, adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian itu?? dah baca Al-Qurankah kita hari ini??dah beristighfar kah kita???dah solat taubat kah kita memohon keampunan kepada Allah atas dosa-dosa yang kita lakukan??tepuk dada tanyalah iman...

saat mendapat berita kematian tentang orang yang kita sayang, kita pasti akan sedih, mungkin juga terkejut ataupun tak percaya yang dia telah pergi buat selama-lamanya bukan?? iya, memang semua orang akan rasa sedih bila dapat khabar kematian...

di sini, saya ingin mengajak fikir sejenak, saat mendapat berita kematian, pernah tak terlintas difikiran kita, 

'bila pula giliran aku akan menghadapi kematian??'
'dah sedia ke aku nak menghadapinya??'
'apa yang aku dah siapkan untuk kematian aku??'
'cukup ke amalan aku nak menghadapi kematian??'

kita rasa sedih melihat orang mati, tapi kita tak pernah nak ambil iktibar atas kematian orang lain... adakah kita merasa kematian kita masih lama lagi??? sekiranya kita merasakan kematian itu masih lama lagi, kita tak akan berusaha untuk membuat persediaan terhadapnya..sekiranya kita merasakan kematian itu semakin hampir..kita akan berusaha dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya...ayuh, saya mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk bermuhasabah balik diri...

'orang yang bijak adalah orang yang mengingati kematian..'

kematian yang bagaimana kah yang kita inginkan??? adakah kematian yang membawa kita ke syurga ataupun kematian yang mengheret kita ke neraka??? hanya anda sendiri yang boleh menjawapnya... mari sama-sama kita berfikir sejenak...

'wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kepada Allah dengan semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu kedalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya, sedang cahaya mereka memancar dihadapan dan disebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, " ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." ' (At- Tahrim, 66:8)

p/s: sekiranya ada yg salah dengan penulisan di atas, mohon di tegur..

Monday, April 9, 2012

Surah Al-Jumu'ah, 62, ayat 11




Assalamualaikum sahabat blog sekalian... insyaAllah, entry kali ini sekadar berkongsi apa yang ada..petikan dibawah ini saya baru je baca petang tadi, berehat seketika semasa di library,tersentuh dengan kata-katanya,  semoga bermanfaat buat semua...selamat membaca, selamat berfikir dan selamat beramal..=)


SIKAP TERHADAP KESENANGAN HIDUP


Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka meninggalkan kamu sedang dalam keadaan berdiri (berkhutbah). Katakanlah; “ Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan”. Dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki." (Al-Jumu'ah,62 : 11)


LATAR BELAKANG AYAT


Ayat di atas adalah ayat terakhir dalam Surah al-Jumu’ah. Ia berkaitan sebuah peristiwa yang berlaku di kota Madinah al-Munawwarah pada suatu hari Jumaat sewaktu hendak menunaikan solat Jumaat. Ketika itu Rasullullah SAW sedang berdiri di atas mimbar menyampaikan khutbah manakala para sahabat pula duduk mendengarnya. Tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan menuju kota Madinah. Rombongan itu yang dipimpin oleh Dihyah bin Khalifah dilengkapi dengan alat-alat muzik dan tabuh sebagai tarikan. Ketika itu Dihyah belum memeluk Islam. Dengan serta merta jamaah solat Jumaat yang sedang mendengar khutbah Rasullullah SAW itu bangun menuju kepada rombongan perniagaan tadi dan meninggalkan Rasullullah SAW yang sedang berkhutbah. Dalam konteks inilah Allah menyatakan:
“Dan apabila mereka melihat perniagaan dan permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya, dan mereka meninggalkan kamu sedangkan kamu dalam keadaan berdiri (berkhutbah).”
Menurut riwayat Abu Ya’la, daripada Jabir bin Abdillah, dalam peristiwa itu sahabat yang tetap mendengar khutbah Rasullullah SAW hanya 12 orang sahaja. Antara mereka ialah Abu Bakar dan Umar. Ketika itu Rasullullah SAW bersabda: “Demi Allah yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, kalaulah satu demi satu kamu pergi semua sehingga tidak tinggal seorangpun, nescaya akan mengalirlah satu lembah api neraka menimpa kamu.”


TARIKAN PERNIAGAAN DAN HIBURAN


Peristiwa itu memberi gambaran betapa kuatnya tarikan perniagaan (tijarah) dan hiburan (lahwun) terhadap jiwa manusia, dan dalam konteks ini termasuk jiwa para sahabat Rasullulah SAW.
Jika kita keluar sejenak daripada kenyataan sejarah ini dan melayangkan pandangan kepada suasana hari ini, kita akan melihat fenomena yang sama iaitu perniagaan dan hiburan menjadi daya tarikan yang kuat dalam kehidupan masyarakat. Kedua-dua kegiatan ini benar-benar mengambil masa dan fikiran masyarakat kita.
Watak ‘business’ (busy + ness) yang memang sibuk dan menyibukkan membuatkan masyarakat kita letih dan kesuntukan masa. Keadaan ini akhirnya mendorong mereka mencari hiburan untuk menghilangkan penat lelah. Bermacam-macam alat hiburan boleh didapati dalam masyarakat hari ini seperti filem, video, karaoke, TV 24-jam, taman-taman hiburan, tempat peranginan, showbiz, konsert, disko, pub dan kelab malam. Semua ini disebut di dalam al-Quran dengan istilah ‘lahwun’.
Peristiwa para sahabat yang meninggalkan Rasullullah SAW sewaktu sedang berkhutbah, mengingatkan kita akan keadaan para du’at hari ini yang ditinggalkan oleh masyarakat. Seakan-akan para du’at sedang berdiri di hadapan masyarakat menyeru dan mengajak mereka untuk kembali ke jalan Allah, tiba-tiba berlaku ledakan ekonomi dengan lambaian perniagaan (tijarah) dan hiburan (lahwun) yang mengiringinya. Perhatian masyarakat tidak lagi tertumpu kepada dakwah. Golongan pemuda dan pemudi sama ada di kampung atau di kampus, yang suatu ketika dulu menjadi tenaga dakwah, kini mula lari bertempiaran kerana tarikan hiburan yang beraneka ragam. Mereka meninggalkan para du’at yang berdiri di medan dakwah.
Yang lebih malang lagi adalah apabila ada sebahagian du’at juga tertarik dengan kesempatan dan peluang perniagaan yang datang mengejut di belakang mereka. Secara perlahan-lahan mereka menghampirinya untuk menceburinya dengan penuh kesungguhan. Hal ini juga mengingatkan kita kepada tangisan seorang murabbi salaf al-saleh, Imam Sufyan al-Thauri (wafat pada 161 H) ketika murid-murid yang pernah dididiknya tidak lagi memberikan komitmen terhadap pelajaran dan nasihat yang diberinya. Mereka lebih suka memilih pekerjaan yang dikira glamour pada masa itu iaitu menjadi qadi atau gabenor kerana dekat dengan penguasa.
Ketika Imam Sufyan al-Thauri bersedih, beliau ditanya oleh salah seorang muridnya, “Apakah yang membuat tuan berduka?” Imam Sufyan al-Thauri menjawab, “Sekarang kita telah menjadi gudang jualan untuk orang-orang yang mencari dunia. Sahabat-sahabat kita yang dahulu iltizam dengan kita, setelah mereka pandai mereka diangkat menjadi qadi atau gabenor.” Imam Sufyan al-Thauri ditinggalkan sebahagian muridnya sama seperti Rasullullah SAW ditinggalkan dahulu. Begitu juga pada hari ini dalam masyarakat kita, dakwah dan amal jama’i perlahan-lahan ditinggalkan, kerana sebahagian du’at lebih tertarik dengan perniagaan. Dengan itu tinggallah segelintir du’at yang istiqamah. Mereka tetap berdiri di atas mimbar berkhutbah walaupun yang lain tidak lagi menghiraukannya. Dalam keadaan seperti ini Allah berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan.’”
Kata-kata inilah yang menahan Rasullullah SAW dan segelintir sahabat daripada tarikan permainan dan perniagaan. Kata-kata inilah juga yang sepatutnya memberi kekuatan kepada para du’at untuk meneruskan kerja-kerja dakwah mereka walaupun orang lain sibuk dan disibukkan oleh perniagaan dan hiburan. Katakanlah dalam hatimu wahai para du’at, “Sesungguhnya pahala di sisi Allah adalah jauh lebih baik daripada perniagaan dan hiburan yang diceburi.” Sesungguhnya kerugian yang dialami para du’at hari ini kerana setiap masa menanggung ‘kos melepas’ (opportunity costs) peluang penghidupan yang lebih baik yakni “pelaburan” dan “saham” di sisi Allah. Nisbah masa yang ada pada para du’at, yang sepatutnya boleh digunakan untuk perniagaan adalah tijaratan lan tabur (perniagaan yang tidak akan rugi). Allah akan membeli harta dan jiwa para du’at yang beriman dengan syurga sebagai mata wangnya. Apakah ada tukaran yang lebih baik daripada syurga Allah?


KEDUDUKAN PERNIAGAAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM


Allah SWT sebenarnya tidak melarang perniagaan dan hiburan selagi kedua-duanya berada di atas landasan syara’ dan tidak melalaikan du’at daripada melaksanakan perintah Allah. Lebih-lebih lagi apabila harta kekayaan yang didapati daripada perniagaan itu diinfakkan ke jalan Allah, maka dengan sendirinya perniagaan itu menjadi sebahagian daripada dakwah dan jihad. Oleh itu tidak ada perkara yang lebih utama bagi seorang ahli perniagaan yang berharta melainkan infak mereka di jalan Allah.
Kadar infak mereka sepatutnya lebih tinggi daripada orang biasa. Mereka juga patut menjadi tulang belakang ekonomi harakah Islamiah seperti yang dilakukan oleh Khadijah yang menjadi tulang belakang kepada dakwah Rasullullah SAW. Janganlah pula menjadi seperti Tha’labah bin Hatib al-Ansari. Apabila telah mempunyai banyak harta, lupa membayar zakat kerana sibuk. Sesungguhnya sedikit kekayaan tetapi disyukuri adalah lebih baik daripada harta yang banyak tetapi tidak mampu dipikul di jalan Allah. Boleh jadi kita menyukai sesuatu padahal ia mendatangkan keburukan. Boleh jadi juga kita tidak menyukai sesuatu padahal ia membawa kebaikan kepada diri kita. Ingatlah sebenarnya Allah pemberi rezeki.


MENAFSIR SIRAH SAHABAT


Peristiwa para sahabat meninggalkan khutbah Rasullulah SAW mungkin menjadi tanda tanya bagi sesetengah orang. Bagaimanakah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang sempat mendapat didikan 13 tahun di Makkah masih boleh meninggalkan Rasullullah SAW semata-mata kerana tertarik dengan rombongan perniagaan dan hiburan. Bagi mereka yang di dalam hatinya ada penyakit pula cenderung menafsirkan keadaan itu dengan tafsiran yang tidak layak bagi sahabat-sahabat Rasullullah SAW.
Dalam menanggapi peristiwa di atas, Ibnu Kathir menyatakan: Ada sesuatu yang perlu diketahui iaitu kisah di atas terjadi ketika Rasullullah SAW mendahulukan solat Jumaat daripada khutbah, seperti solat Aidil Fitri dan Aidil Adha. Mereka menyangka meninggalkan khutbah selepas solat itu tidak mengapa. Demikian diriwayatkan oleh Imam Abu Daud. Ini diperkuatkan lagi dengan pernyataan Qatadah dalam tafsir al-Qurtubi bahawa para sahabat berbuat begitu sebanyak tiga kali. Kebetulan rombongan perniagaan selalu datang pada hari Jumaat. Jika sahabat-sahabat mengetahui perkara itu dikeji sudah tentu peristiwa itu tidak akan terjadi sampai tiga kali kerana menurut Syed Qutb dalam Ma’alim Fil al-Tariq, sahabat-sahabat Rasullullah SAW mempunyai keistimewaan.
Mereka adalah manusia biasa yang juga bersalah dan berdosa, tetapi apabila mereka melakukan kesalahan atau dosa mereka tidak mengulanginya. Kebanyakan kesalahan yang mereka lakukan adalah disebabkan tidak tahu dan tidak sengaja. Ini tentunya menjadi pengajaran kepada generasi selepas mereka. Ia bukanlah hujjah untuk menghina sahabat-sahabat Rasullullah SAW, dengan tafsiran ‘bengkok’ golongan Rafidhah. Peristiwa ini juga tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk berselindung di sebalik kelemahan sahabat Rasullullah SAW dengan tujuan untuk mengundurkan diri daripada melakukan usaha-usaha yang lebih gigih bekerja di jalan Allah.

Wednesday, March 28, 2012

PeNaT BuKaN AlaSaN...

In The Name Of Allah...

Alhamdulillah...segala puji dan pujian hanya untuk Allah yang mentadbir seluruh Alam, selawat dan salam buat Nabi junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. yang tetap bersabar menyebarkan agama Allah hingga nafas yang terakhir..

terasa ingin berkongsi sesuatu di blog ini...

semalam hari yang paling memenatkan buat diri ini, class sangat padat, hinggakan subject mengira pun saya boleh rasa mengantuk.. Astaghfirullahal'azim, terasa teruknya diri ini.. malamnya pula ada halaqah, hampir saja bisikan syaitan berjaya menghasut diri ini untuk tidak hadir ke halaqah.. Alhamdulillah, Allah masih menggerakkan hati ini untuk pergi juga halaqah..

ya Allah, saat terasa malas untuk pergi halaqah, tiba-tiba terasa ada satu kekuatan dan semangat muncul apabila dapat mendengar alunan zikrullah dari insan yang belum ada dosa lagi iaitu anak buah saya, Balqis... walaupun zikir yang di alunkan tak la clear mana, tapi cukup memberi kesan pada diri ini...

insan kecil yang belum sampai umur 2tahun pun tapi berusaha untuk mengingati Allah, bagaimana pula dengan diri kita?? adakah kita telah berusaha untuk mengingati Allah?? tepuk dada tanyalah iman masing-masing...



benarlah dalam firman Allah,

'dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.' (QS Ar'ra'd,13:28)

tiba-tiba saya teringat rehlah di tasek PKNS minggu lepas.. Alhamdulillah, sangat seronok dapat berjumpa dengan adik-adik baru..('',)



bukan pengalaman rehlah yang saya nak ceritakan, cuma sebelum rehlah itu, buat saya berfikir..
malam sebelum rehlah tue, saya ada dapat message dari seseorang...

'wani, maaflah tak dapat join rehlah esok..kita penatlah...nak rehat-rehatlah esok.'

apa yang korang akan fikir bila dapat message macam tue??

dapat sahaja message macam tue, saya hanya mampu terdiam dan berfikir apa yang penat sangat sampai tak dapat join rehlah nie?hmmmm...

penat bukan alasan duhai sahabat-sahabatku...ada je yang datang rehlah ahad tue padahal dorang baru je explorace sabtu tue..sampai sakit-sakit kakinye...tapi boleh je datang rehlah...

ingat tak surah al-balad, 90:10?

'dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan ( kebajikan dan kejahatan)'

dan ingat tak kata-kata imam Hassan Al-Basri

'jika kita tak di sibukkan dengan kebaikan, maka kita akan di sibukkan dengan kemaksiatan'

sangat jelas kan ayat di atas, jadi jika kita buat perkara yang baik, insyaAllah, kita tak akan buat perkara yang tak baik, jadi, tak ada la perkara yang kita buat tu berada ditengah-tengah bukan? tak baik sangat dan tak jahat sangat..

cuba kita fikir, adakah rehat kita itu memberi kebaikan pada kita ataupun tidak??

hmmmm.......

kalau kita merasakan hari ini kita penat sangat, tapi sebenarnya ada yang lagi penat dari kita.. sepatutnya istilah 'penat' tak patut ada dalam kamus hidup kita..

cuba kita related kan zaman kita sekarang dengan zaman Nabi dulu...

nak kata kita pergi berperang, tak adalah pulak...sekadar penat sebab banyak sangat urusan yang tak di settle kan lagi...

tapi, cuba kita bayangkan, zaman Nabi terdahulu, mereka pergi berperang pagi hari, dan malam harinya bertahajud tahajud kepada Allah. kalau ikutkan kita, pagi dah penat berperang, malamnya belum tentu lagi kita dapat bertahajud bukan?

jadi, mari kita contohi zaman Nabi terdahulu, penat itu bukan alasan sebenarnya.......

sekadar mengajak diri untuk berfikir dan juga menjadi peringatan buat diri yang tak lari dari membuat kesilapan..

Friday, March 9, 2012

TuDuNG...

In The Name Of Allah...

setelah sekian lama blog ini dibiarkan lama bersawang, baru hari ini dapat di update blog ini...asif jiddan kepada sesiapa yang ziarah blog ini, tetapi tak dapat apa-apa pun perkongsian dari saya...
afwan sekali lagi...

insyaAllah, entry kali ini sekadar ingin berkongsi cerita sepanjang cuti semester yg baru saja habis...

Alhamdulillah, habis sahaja exam semester lepas, saya terus pulang ke rumah untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga yang serba sederhana.. Alhamdulillah, abang saya telah berjumpa dengan tulang rusuknya... Alhamdulillah, abang saya selamat di ijab kabulkan dengan sekali lafaz, maka menangislah syaitan disebabkan perkahwinan yang dibina bakal menutup intu maksiat kepada pasangan..semoga perkahwinan yang di bina ini membawa pasangan hingga kesyurga..Amin insyaAllah..

Alhamdulillah, bukan sahaja saya mendapat akak ipar, tetapi saya juga dapat anak buah baru, semoga anak-anak buahku bakal menjadi para mujahid dan mujahidah apabila dewasa nanti...
insyaAllah...

Apa yang membuatkan hati ini bertambah sejuk dan betul-betul bersyukur apabila mendapat message dari adik yang lebih kurang begini...

"silalah bawa balik tudung-tudung labuh yang dah tak pakai.."


dapat je message macam tue, tiba-tiba hati terdetik dan tertanya-tanya,

"betul ke adik aku nie nak pakai tudung labuh?"

saya teruskan call, then saya tanya soalan berkaitan dengan message yg dihantar asbab inginkan kepastian.. ya...memang betul yang adik saya nak pakai tudung labuh...

"Alhamdulillah.." ucapan pertama yang terdetik dihati apabila adik memberi tahu hajatnya ingin memakai tudung labuh..

saat kepala tengah pening study untuk exam, dapat saja message sebegitu, cukup buat hati ini tenang...

Alhamdulillah...Allah telah membuka pintu hatimu duhai adik-adikku untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.. pengharapan agar terus istiqamah dalam berpakaian... bukan sekadar memakai tudung labuh sahaja...tapi hiaslah tudung labuh itu dengan hiasan akhlak-akhlak yang baik... once dah pakai tudung labuh tue...cubalah berusaha menjaga akhlak yang baik...jangan sampai disebabkan sikap kita yang bertudung labuh ini tak baik menjadi fitnah kepada insan yang bertudung labuh tetapi mempunyai akhlak yg baik...

fitnah yang bagaimana??

"bertudung labuh, tapi tak menjaga solat.."

'bertudung labuh, tapi tak jaga akhlak..'

'bertudung labuh, tapi tak berusaha menjadi baik..'

'bertudung labuh, tapi masih buat perkara yang sia-sia..'

dan banyak lagi la....

jadi, apa yang akak harapkan, berusahalah memperbaiki dirimu duhai adik-adikku agar tak menjadi fitnah apabila kita memakai tudung labuh.. nasihat yang diberikan ini merupakan peringatan juga buat diri ini...selamat beramal...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...