Pages

Tuesday, May 11, 2010

NaFsU MaNuSiA

nafsu manusia ibarat bom jangka
boleh meledak pada bila-bila masa
menyebabkan ramai yang binasa
adakala diri merana, dan ada masa
orang lain pun terkena sama

nafsu terkenal dengan sifat nakalnya
jarang kita dengar orang berkata
nafsu sangat baik sifatnya
malah nafsu sangat jahat
lebih jahat daripada penjahat

nafsu sukar dijangka jahatnya
ia datang tidak kira masa
dan kadang-kadang datang tidak semana-mena
nafsu sukar untuk ditangkap oleh manusia
sukar juga untuk dikenali manusia biasa
kerana nafsu itu sudah menjadi budaya
hidup sudah merasai biasa dengannya
maka ia dikatakan perbuatan manusia
yang tidak tahu asal usulnya.
nafsu manusia banyak peringkatnya
ada tujuh semuanya
dari sejahat macam singa
sehingga sebaik macam unta
sangat sukar dijaga dan dibela
liarnya macam kuda
pantasnya macam naga.

senang juga untuk dijaga
mudah juga untuk dipelihara
kalau kene gaya
hati yang baik akan bertahta
maka manusia pasti suka
kerana manusia akan selamat didunia
akhirat tak payahla cerita

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...