Pages

Wednesday, June 30, 2010

10 JeNiS OrAnG ZaLiM YaNG KeJaM

Sufyan Atsauri berkata ,Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :

1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri ,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapi setiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran(secara bertertib)

3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa solat dua rakaat di dalamnya.

4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seseorang yang sampai di sesuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak turut serta solat berjemaah.

6. Seseorang yang daerahnya didatangi oleh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seseorang yang diundang ke jamuan ataupun majlis tetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.

9. Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapi tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada makanannya itu.

adakah kita dalam kategori orang zalim yang kejam????
sama-samalah kita muhasabah diri ini.....

'Cintailah Yang Memberi Nikmat Dan Jangan Engkau Cintai Nikmat Yang Diberikan.'

Tuesday, June 29, 2010

PErSAdA PErJuAGaN



Artis:Zulfan

masih mekar kenangan indah
zaman gemilang islam menjulang

masih mekar kenangan indah
zaman gemilang islam menjulang
ketika Rasul ada bersama
para sahabat mentadbir dunia

zaman nubuwwah era khulafa'
islam umpama api membara
menerangi ummah dan juga sahabat
bahangnya bagai membakar lawan

masih mekar kenangan indah
zaman gemilang islam menjulang
ketika Rasul ada bersama
para sahabat mentadbir dunia

jalan itulah kan mengatur
langkah membina sebuah tamadun
satu barisan satu perjuangan
bersama kita segera tunaikan
amanah Rasul itu yang utama

masih mekar kenangan indah
zaman gemilang islam menjulang
ketika Rasul ada bersama
para sahabat mentadbir dunia

ayuh semua para mujahid
ayuh semua mujahidah
mari bersama kita nyalakan
bara perjuangan didalam diri
agar tertegak kalimah Ilahi

masih mekar kenangan indah
zaman gemilang islam menjulang
ketika Rasul ada bersama
para sahabat mentadbir dunia

Wednesday, June 23, 2010

6 perkara yang menyebabkan hati menjadi rosak

1.membuat dosa tapi tidak cepat2 bertaubat
2.tahu perkara itu wajib tapi tidak melakukan

"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu : "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal keni`matan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit."(at-Taubat,9:38)

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (at-Taubat,9:41)

3.melakukan kerja tetapi tidak ikhlas
4.tidak bersyukur dengan kurniaan ALLAH
5.sentiasa rasa tidak cukup
6.tidak mengambil iktibar daripada peristiwa kematian



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...