ya Allah kuatkanlah hati ini untuk melakukan ibadah kepadaMu ya Allah...sesungguhnya hambamu ini tidak kuat untuk menghadapi dugaan yang melanda diri ini.. ya Allah, masih banyak nikmat yang Engkau beri padaku yang belum aku syukuri..
sepanjang seminggu berpuasa, terasa diri ini masih banyak melakukan kealpaan.. mutaba'ahnya entah kemana... syaitan sudah diikat, tetapi kenapa diri ini masih lagi lalai dan leka untuk melakukan kewajipan sebagai hamba Allah??adakah nafsu yang bermaharaja dalam diri...
baca Al-Quran dengan terjemahan tapi adakah diri ini betul-betul menghayati ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran?? atau adakah membacanya sekadar untuk mengkhatamkan Al-Quran pada bulan ramadhan?? adakah diri ini baca kerana terpaksa atau kerana keikhlasan dalam diri untuk mendekatkan diri pada Allah?? tepuk dada tanyalah iman wahai hamba yang lemah...
tahajud pula macam mana?? sepatutnya bulan yang mulia ini, lagi mudah untuk kita melakukan ibadah asbab syaitan-syaitan telah diikat tetapi kenapa diri ini masih malas untuk bangun bertahajud?? tersedar dari tidur, tapi mengapa tidak terus bangun dan bertahajud?? kononnya terlalu awal lagi untuk bertahajud, tunggu la sekejap lagi sebelum sahur nanti tahajud la..tetapi adakah masa itu, diri ini betul-betul khusyuk untuk bertahajud?? sedangkan saat itu abang,akak, dan adik sedang bersahur menikmati juadah yang disediakan??atau tahajud sekadar cukup syarat sahaja??
bangkitlah dari tidur yang lena wahai insan yang lemah, berusahalah untuk melakukan pembaikan dalam diri.. ingatlah, hidup ini kat dunia ini hanya sementara, bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nyawa kita.. saat itu adakah kita sempat bertaubat?? adakah kita sudah sediakan bekalan yang cukup untuk menghadapi hari kematian?? ambillah peluang untuk memperbaiki diri di bulan yang mulia ini, belum tentu tahun hadapan kita akan bertemu lagi bulan ramadhan..
ya Allah..berilah daku kekuatan dan keikhlasan serta istiqamah dalam diri untuk menunaikan ibadah kepadaMu.. sesungguhnya diri yang lemah ini hanya ingin mencari redha dariMu ya Allah..
semoga baki ramadhan yang ada, dapat kita gunakan dengan sebaik yang mungkin untuk memperbaiki iman dan tetap terus istiqamah melakukan ibadah...
nasihat ini khas buat diri sendiri yang merasakan diri ini memerlukan nasihat untuk pembaikan dalam diri..mohon doa dari kalian semua agar diri ini tetap istiqamah dan ikhlas melakukan amal..
hamba yang lemah
3.46am
No comments:
Post a Comment