Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa di atas Rahmat dan Hidayah yang diberikan kepaada kita semua.. firstly, saya nak minta maaf kerana membiarkan blog ini bersawang terlalu lama, saya pun jarang sangat mengupdate blog nie.. afwan..
Alhamdulillah, saya baru saja menamatkan zaman diploma.. insyaAllah, kalau ada rezeki…akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pula…hurm terasa masa terlalu cepat berlalu, sehinggakan saya tak sedar yang zaman diploma sudah pun berlalu...
Hurm...Terasa rindu kat akhawat-akhawat di perak… asif, xsempat nak ziarah antunna sebelum balik JB.. insyaAllah, kalau berkesempatan, saya akan ziarah kalian..bukan hanya sekadar rindu kat antunna sahaja, tapi rindukan pengisian yang kalian berikan.. sepanjang saya berada di perak, banyak ilmu yang saya dapat, insyaAllah akan saya amalkan dan sampaikan pada orang lain, insyaAllah.. Alhamdulillah, selama 2tahun saya join halaqah, banyak perubahan dalam diri saya.. saya bersyukur kepada Allah kerana Allah masih memberi peluang untuk saya kembali ke pangkal jalan..walaupun pada awal halaqah, saya buat sambil lewa sahaja mutaba'ah yang diberikan, antara nak dan tak nak saja, yang pada hakikatnya mutaba'ah tue bukan untuk murabbiyah tapi untuk diri saya sendiri.. tapi alhamdulillah, tanpa kalian, mungkin saya tak jadi macam nie... jazakillah..
hurm, cuti 4bulan telah pun bermula, saya tak tahu nak buat ape.. Cuma matlamat utama cuti selama 4bulan nie, saya nak wujudkan halaqah dirumah bersama adik2 walaupun sebenarnya dah lama saya nak buat halaqah nie di rumah… insyaAllah… mohon doanya, mudah2an diberi kekuatan untuk memulakan halaqah dirumah.. kalau boleh, saya nak adik2 saya berada dalam dunia tarbiyah, saya xnak adik2 saya terlalai dengan dunia yang fana nie, bukan untuk adik2 saja, tapi untuk diri saya jua..
No comments:
Post a Comment