Pages

Wednesday, November 2, 2011

DuHai SaHaBaT..


Assalamualaikum.. apa khabar iman??sihat ataupun sakit?? Alhamdulillah, kembali semula di kampus setelah lama bercuti.. mari sama-sama kita bermuhasabah diri untuk seketika, untuk apa sebenarnya kita hidup kat dunia ini??adakah kita hidup ini hanya untuk bergembira??atau hanya ingin merasakan kesenangan hidup??sama-sama kita perbetulkan kembali niat kita bahawa tujuan hidup kita hanya untuk mencari Redha Allah..

Once kita kembali ke kampus, ambillah peluang sebaik mungkin untuk menimba ilmu, bukan sekadar ilmu dunia sahaja, malah ilmu akhirat pun perlu dicari untuk bekalan kita di kemudian hari..

Hmmmm…

Tinta kali ini, hanya sekadar ingin meluahkan apa yang saya rasa setelah beberapa minggu berada di kampus, Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang pada saya untuk bersama akhawat yang sentiasa memberi teguran pada saya sekiranya saya ada buat salah dan mengingatkan saya sekiranya saya lupa..

Cuma ada rasa sedikit terkilan dihati ini apabila mendengar ada juga sahabat yang menghalang sahabat lain membuat majlis ilmu,halaqah@usrah.. perkara yang baik mengapa mesti dihalang?bukankah sahabat@akhwat membantu kita untuk mengubah insan yang sedang leka, lalai, dan mungkin sahaja sudah terlena dengan nikmat dunia yang sementara ini..

ubahlah pemikiran yang lebih positif wahai sahabat-sahabat sekalian..

ingat lagi dengan surah Al-Imran,3:104,110&114? Surah yang sama, berada pada halaman 63 & 64, ‘berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar’… kenapa perlu menghalang orang yang membuat perkara yang baik?sedangkan orang yang membuat maksiat dan perkara yang sia-sia masih lagi bertebaran,mengapa tak mahu dihalang atau ditegah mugkin juga ditegur secara baik??tepuk dada tanyalah iman masing-masing wahai sahabat-sahabatku sekalian…

walaupun kita berlainan Jemaah,mugkin saja method yang digunakan berbeza dengan method yang kita gunakan, tapi tujuan dan niat masing-masing semua sama bukan??

bersainglah secara sihat duhai sahabat-sahabatku..jangan dirisau insan yang dalam proses tarbiyah tapi risaulah pada insan yang masih leka dengan nikmat dunia…wallahu alam.

sekadar meluahkan apa yang dirasa dan peringatan juga buat diri ini yang tak lari dari buat silap..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...