Pages

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

DuHai SaHaBaT..


Assalamualaikum.. apa khabar iman??sihat ataupun sakit?? Alhamdulillah, kembali semula di kampus setelah lama bercuti.. mari sama-sama kita bermuhasabah diri untuk seketika, untuk apa sebenarnya kita hidup kat dunia ini??adakah kita hidup ini hanya untuk bergembira??atau hanya ingin merasakan kesenangan hidup??sama-sama kita perbetulkan kembali niat kita bahawa tujuan hidup kita hanya untuk mencari Redha Allah..

Once kita kembali ke kampus, ambillah peluang sebaik mungkin untuk menimba ilmu, bukan sekadar ilmu dunia sahaja, malah ilmu akhirat pun perlu dicari untuk bekalan kita di kemudian hari..

Hmmmm…

Tinta kali ini, hanya sekadar ingin meluahkan apa yang saya rasa setelah beberapa minggu berada di kampus, Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang pada saya untuk bersama akhawat yang sentiasa memberi teguran pada saya sekiranya saya ada buat salah dan mengingatkan saya sekiranya saya lupa..

Cuma ada rasa sedikit terkilan dihati ini apabila mendengar ada juga sahabat yang menghalang sahabat lain membuat majlis ilmu,halaqah@usrah.. perkara yang baik mengapa mesti dihalang?bukankah sahabat@akhwat membantu kita untuk mengubah insan yang sedang leka, lalai, dan mungkin sahaja sudah terlena dengan nikmat dunia yang sementara ini..

ubahlah pemikiran yang lebih positif wahai sahabat-sahabat sekalian..

ingat lagi dengan surah Al-Imran,3:104,110&114? Surah yang sama, berada pada halaman 63 & 64, ‘berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar’… kenapa perlu menghalang orang yang membuat perkara yang baik?sedangkan orang yang membuat maksiat dan perkara yang sia-sia masih lagi bertebaran,mengapa tak mahu dihalang atau ditegah mugkin juga ditegur secara baik??tepuk dada tanyalah iman masing-masing wahai sahabat-sahabatku sekalian…

walaupun kita berlainan Jemaah,mugkin saja method yang digunakan berbeza dengan method yang kita gunakan, tapi tujuan dan niat masing-masing semua sama bukan??

bersainglah secara sihat duhai sahabat-sahabatku..jangan dirisau insan yang dalam proses tarbiyah tapi risaulah pada insan yang masih leka dengan nikmat dunia…wallahu alam.

sekadar meluahkan apa yang dirasa dan peringatan juga buat diri ini yang tak lari dari buat silap..

Wednesday, May 4, 2011

Alhamdulillah......


Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa di atas Rahmat dan Hidayah yang diberikan kepaada kita semua.. firstly, saya nak minta maaf kerana membiarkan blog ini bersawang terlalu lama, saya pun jarang sangat mengupdate blog nie.. afwan..

Alhamdulillah, saya baru saja menamatkan zaman diploma.. insyaAllah, kalau ada rezeki…akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pula…hurm terasa masa terlalu cepat berlalu, sehinggakan saya tak sedar yang zaman diploma sudah pun berlalu...

Hurm...Terasa rindu kat akhawat-akhawat di perak… asif, xsempat nak ziarah antunna sebelum balik JB.. insyaAllah, kalau berkesempatan, saya akan ziarah kalian..bukan hanya sekadar rindu kat antunna sahaja, tapi rindukan pengisian yang kalian berikan.. sepanjang saya berada di perak, banyak ilmu yang saya dapat, insyaAllah akan saya amalkan dan sampaikan pada orang lain, insyaAllah.. Alhamdulillah, selama 2tahun saya join halaqah, banyak perubahan dalam diri saya.. saya bersyukur kepada Allah kerana Allah masih memberi peluang untuk saya kembali ke pangkal jalan..walaupun pada awal halaqah, saya buat sambil lewa sahaja mutaba'ah yang diberikan, antara nak dan tak nak saja, yang pada hakikatnya mutaba'ah tue bukan untuk murabbiyah tapi untuk diri saya sendiri.. tapi alhamdulillah, tanpa kalian, mungkin saya tak jadi macam nie... jazakillah..

hurm, cuti 4bulan telah pun bermula, saya tak tahu nak buat ape.. Cuma matlamat utama cuti selama 4bulan nie, saya nak wujudkan halaqah dirumah bersama adik2 walaupun sebenarnya dah lama saya nak buat halaqah nie di rumah… insyaAllah… mohon doanya, mudah2an diberi kekuatan untuk memulakan halaqah dirumah.. kalau boleh, saya nak adik2 saya berada dalam dunia tarbiyah, saya xnak adik2 saya terlalai dengan dunia yang fana nie, bukan untuk adik2 saja, tapi untuk diri saya jua..


Sunday, September 5, 2010

PeRjALaNaN(2):Di Halaqah

Khamis malam jumaat seusai solat isya’, ana ada halaqah…. Excitednya sama seperti minggu sebelumnya…. Dapat bertemu dengan murobiyah dan akhawat yang lain….. dapat bertukar pendapat dan dapat juga input baru yang sebelum ni ana xtahu…. Alhamdulillah,Ana rasa bersyukur sangat…..

Halaqah berjalan seperti biasa…. Antara pengisian yang ana dapat dari pengisian murobiyah ana adalah dalam surah al-Imran,3:102,104 yang bermaksud:

“wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada ALLAH sebenar-benar taqwa kepada-NYA dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim. (al-Imran,3:102)

“dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh(berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (al-Imran,3:104)

Murobiyah ana bertanya kepada mad’unya,

“ ape yang antunna faham dengan sebenar-benar taqwa kepada-NYA?”

Mad’u pun menyuarakan pendapat masing-masing, antaranya adalah merasakan diri ini seolah-olah ALLAH sedang melihat setiap perbuatan kita, dan rasa takut untuk melakukan kemungkaran..

Murobiyah ana berkata,

“betul apa yang antunna bagitahu, dalam ayat ini ALLAH menegaskan kepada orang-orang beriman supaya bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Dalam ayat ni juga ALLAH perintahkan kepada kita supaya kita ditarbiyah.”

Murobiyah diam seketika sambil menyusun ayat yang seterusnya…. Dia menyambung kembali,

“betapa pentingnya tarbiyah dalam hidup ini. Seperti yang sedia maklum, Tarbiyah yang kita faham adalah menerima ilmu dan menyampaikan ilmu yang kita dapat kepada orang lain,seperti dalam surah 3:104, ini merupakan salah satu sarana tarbiyah.”

Sambil murobiyah mengtaddabur ayat, murobiyah melihat mad’unya sama ada mereka mendengar ataupun tidak. Alhamdulillah, smua mendengar dengan khusyuk sekali…

Murobiyah menyambung kembali,

“cuba antunna bayangkan jika pisau yang tajam tapi tidak digunakan,hanya disimpan sahaja…lama kelamaan pisau tersebut akan menjadi tumpul dan berkarat juga. Macam tu jga dengan konsep tarbiyah, apabila kita dapat input yang baru. Kita kenalah sampaikan pada orang lain. Kalau tak, ilmu yang kita dapat tue akan jadi macam pisau yang tajam tapi akhirnya mnjadi tumpul dan berkarat di sebabkan terlalu lama di simpan.”

Sambil tersenyum murobiyah ana memberikan perumpaan tersebut.

Itulah antara input yang ana dapat kongsikan sepanjang halaqah bermula.

Di akhir halaqah… murobiyah bertanya pada mad’unya

“ada sebarang musykilah?” dan ana menyuarakan musykillah berkaitan dengan program di Shah Alam.

“akak nanti hari sabtu nie macam mana ea?”

“owh ea, programnya start pukul 7pm di masjid Shah Alam. Ana rasa baik anti gerak tengah hari, nanti sampai petang…kita boleh gerak sama-sama. Macam mana? Anti sorang je ke? Xde kawan yang temankan anti ke?”

Sebelum menjawab pertanyaan murobiyah ana,

“laaaaa…. Aku sorang je yang pergi program nie??? Aku ingat kawan-kawan yang lain involve sekali…. ALLAH, macam mana la aku nak survive sorang2 nie….” Detik hati nie.

“ Ana rasa macam nak gerak pagi je…kalau sampai awal, ana singgah UiTM Shah Alam dulu, lagipun ana ada kawan kat situ..Cuma ada masalah sikit la sebab xpernah turun Shah Alam lagi.” kata ana pada murobiyah.

“kalau macam tue bagus la. Kalau ada masalah nak ke sana, anti contact ukhti sue ea, lagipun ukhti sue tahu macam mana selok belok nak ke sana. Ana pun xtahu sangat pasal jalan2 nie.” Balas murobiyah ana sambil tersenyum.

“insyaALLAH…..nanti na contact kak sue ea….”

“kalau xde apa-apa mslah lg,kita ttup majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.”

Selesai halaqah malam tue..

Di bilik, ana still risau sbb xpernah lg pergi sana...habis smua sahabat ana,ana msg mnta pndapat mcm mna nak pergi Shah Alam tue…. Alhamdulillah, ana dapat feedback yg baik…dorang smua bantu ana…bersyukur dapat sahabat yang sentisa membantu ana…..jasa kamu smua hanya ALLAH sahaja yang dpt membalas...semoga ALLAH merahmati kalian semua....

bersambung.....

Monday, August 2, 2010

PeRjALaNaN(1)....

Dikesempatan ini...
ana nk kongsikan serba sedikit pengalaman pertama ana ke Shah Alam...

kisahnya bermula disini.....
ana dapat mesej dari murobiyah ana pada hari rabu,
mesejnya lebih kurang macam nie

"anti free tak hari sabtu nie?akhawat dari Shah Alam ada buat program.."

lepas baca je mesej dari murobiyah ana...ana termenung seketika....
dalam pada masa yang sama..ana bermonolog sendirian didalam hati....

"hmm...hari sabtu ada event apa ea??alamak,sabtu nie baru cadang nk buat lesen la...macam mana nie???nanti lambat pula dapat lesen keretanya...
ala, nanti penat la....dah la pergi sana kejap je....da la tak tahu jalan nak pergi sana lagi..lecehla..macam mana nie???patut ke aku pergi program nie???kalau tak pergi nanti murobiyah kata ape plak...ape yang patut aku reply nie...??xpela, reply jela cakap je boleh join...kalau xnk pergi nanti bagitahu la kat akak tue cakap tak jadi nak pergi, ada hal lain...bukannya susah pun."

tanpa menjawap kesemua persoalan yang membelenggu diri nie....ana terus reply message murobiyah.....

"InsyaALLAH akak, ana free sabtu nie....insyaALLAH....kalau takde apa-apa halangan, ana akan join program tue nanti..."

setelah ana membalas mesejnya...murobiyah ana terus minta nama dan no.k/p ana...
dan malangnya....ana terbagi no. matrik ana pada murobiyah ana.....
ya ALLAH....malunya ana masa tue....

masa di bilik.....ana termenung lagi memikirkan perkara nie....

"patut ke aku pergi program nie????aku buntu la sekarang nie...ya ALLAH....bantulah aku"

perkataan nie sentiasa bermain- main difikiran....
at last, terdetik juga dihati ini....

"Astagfirullah hal a'zim....aku tak patut fikir macam tue....aku kan nak berubah jadi insan yang baik....program macam nie lah yang bagus kalau join....boleh dapat banyak ilmu.....Alhamdulillah... ALLAH gerakkan hati aku untuk pergi ke program ilmiah...."

ana terus perbetulkan niat ana..dan ana rasa bersyukur sangat asbab ALLAH bukakan hati ini ke arah kebaikan...

"niat aku pergi program nie hanya kerana ALLAH.."

dalam peristiwa nie, kita dapat lihat betapa jahatnya syaitan yang ingin menghalang manusia dari berbuat perkara-perkara yang baik dan syaitan akan sedaya upaya untuk menyesatkan manusia melalu apa cara sekalipun...

seperti firman ALLAH S.W.T

(iblis) menjawap,"kerana engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan,dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur."(Al-A'araf,7:16-17)

jadi....sama-samalah kita sentiasa memperbetulkan niat kita hanya kerana ALLAH dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan....
insyaALLAH,setiap perbuatan yang kita niatkan hanya kerana ALLAH, ia akan menjadi sebagai salah satu ibadah....

bersambung.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...