Pages

Wednesday, March 28, 2012

PeNaT BuKaN AlaSaN...

In The Name Of Allah...

Alhamdulillah...segala puji dan pujian hanya untuk Allah yang mentadbir seluruh Alam, selawat dan salam buat Nabi junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. yang tetap bersabar menyebarkan agama Allah hingga nafas yang terakhir..

terasa ingin berkongsi sesuatu di blog ini...

semalam hari yang paling memenatkan buat diri ini, class sangat padat, hinggakan subject mengira pun saya boleh rasa mengantuk.. Astaghfirullahal'azim, terasa teruknya diri ini.. malamnya pula ada halaqah, hampir saja bisikan syaitan berjaya menghasut diri ini untuk tidak hadir ke halaqah.. Alhamdulillah, Allah masih menggerakkan hati ini untuk pergi juga halaqah..

ya Allah, saat terasa malas untuk pergi halaqah, tiba-tiba terasa ada satu kekuatan dan semangat muncul apabila dapat mendengar alunan zikrullah dari insan yang belum ada dosa lagi iaitu anak buah saya, Balqis... walaupun zikir yang di alunkan tak la clear mana, tapi cukup memberi kesan pada diri ini...

insan kecil yang belum sampai umur 2tahun pun tapi berusaha untuk mengingati Allah, bagaimana pula dengan diri kita?? adakah kita telah berusaha untuk mengingati Allah?? tepuk dada tanyalah iman masing-masing...



benarlah dalam firman Allah,

'dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.' (QS Ar'ra'd,13:28)

tiba-tiba saya teringat rehlah di tasek PKNS minggu lepas.. Alhamdulillah, sangat seronok dapat berjumpa dengan adik-adik baru..('',)



bukan pengalaman rehlah yang saya nak ceritakan, cuma sebelum rehlah itu, buat saya berfikir..
malam sebelum rehlah tue, saya ada dapat message dari seseorang...

'wani, maaflah tak dapat join rehlah esok..kita penatlah...nak rehat-rehatlah esok.'

apa yang korang akan fikir bila dapat message macam tue??

dapat sahaja message macam tue, saya hanya mampu terdiam dan berfikir apa yang penat sangat sampai tak dapat join rehlah nie?hmmmm...

penat bukan alasan duhai sahabat-sahabatku...ada je yang datang rehlah ahad tue padahal dorang baru je explorace sabtu tue..sampai sakit-sakit kakinye...tapi boleh je datang rehlah...

ingat tak surah al-balad, 90:10?

'dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan ( kebajikan dan kejahatan)'

dan ingat tak kata-kata imam Hassan Al-Basri

'jika kita tak di sibukkan dengan kebaikan, maka kita akan di sibukkan dengan kemaksiatan'

sangat jelas kan ayat di atas, jadi jika kita buat perkara yang baik, insyaAllah, kita tak akan buat perkara yang tak baik, jadi, tak ada la perkara yang kita buat tu berada ditengah-tengah bukan? tak baik sangat dan tak jahat sangat..

cuba kita fikir, adakah rehat kita itu memberi kebaikan pada kita ataupun tidak??

hmmmm.......

kalau kita merasakan hari ini kita penat sangat, tapi sebenarnya ada yang lagi penat dari kita.. sepatutnya istilah 'penat' tak patut ada dalam kamus hidup kita..

cuba kita related kan zaman kita sekarang dengan zaman Nabi dulu...

nak kata kita pergi berperang, tak adalah pulak...sekadar penat sebab banyak sangat urusan yang tak di settle kan lagi...

tapi, cuba kita bayangkan, zaman Nabi terdahulu, mereka pergi berperang pagi hari, dan malam harinya bertahajud tahajud kepada Allah. kalau ikutkan kita, pagi dah penat berperang, malamnya belum tentu lagi kita dapat bertahajud bukan?

jadi, mari kita contohi zaman Nabi terdahulu, penat itu bukan alasan sebenarnya.......

sekadar mengajak diri untuk berfikir dan juga menjadi peringatan buat diri yang tak lari dari membuat kesilapan..

5 comments:

  1. ya..btul 2..wanie bleh!!!

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, kemanisan dalam beramal salah satu tanda Allah s.w.t menerima amal baik kita...=)

    ReplyDelete
  3. sentiasalah doa pada ALLAH swt,agar sentiasa bersangka baik kepada rakan seperjuangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...bukan tak bersangka baik...bersangka baik juga...cuma mengajak sama-sama kita berfikir...beranikah nanti bila di akhirat kelak kita memberi jawapan penat nak beribadat di hadapan Allah?? sama-sama bermuhasabah diri masing-masing

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...