Pages

Monday, September 17, 2012

MuKhAyAM NaSioNal

In The Name of Allah...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Pencipta seluruh alam... Alhamdulillah juga kerana sehingga hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam...semoga kita tidak mensia-siakan nikmat yang Allah beri...

insyaAllah, hari ini sekadar ingin kongsikan pengalaman pergi ke mukhayam (kem). Subhanallah, saya sangat bersyukur kerana dapat pergi mukhayam..walaupun pada awalnya, saya berasa agak berat juga untuk pergi mukhayam nie.. Alhamdulillah, mukhayam nie sedikit sebanyak dapat memulihkan semangat saya yang kian pudar..terima kasih kepada NSTC ( Neo Synergy Training Centre)  kerana telah menganjurkan program ini..

hmm, mukhayam kali ini berbeza dengan mukhayam tahun lepas, kalau mukhayam tahun lepas banyak aktiviti dalam hutan iaitu meneroka alam ciptaan Allah.. tetapi mukhayam kali ini lebih kepada khidmat masyarakat dan ukhwah..

saya tidak dapat join aktiviti taaruf sebabnya akhawat dari shah alam bergerak ke kelantan jumaat malam, dan sampai pada sabtu pagi..aktiviti taaruf bermula pada jumaat malam..ramai juga akhawat yang hadir ke mukhayam hampir cecah 2ratus orang juga, sememang sangat ramai akhawat yang masih saya tidak kenal..saya hanya kenal sebilangan kecil sahaja.. setelah sampai di chalet seri telong, Bachok, Kelantan...kelihatan akhawat yang sedang beristerehat sementara menunggu aktiviti seterusnya...

Alhamdulillah, pagi sabtu, sebelum bermula aktiviti pertama,  kami dikehendaki nyanyi lagu tema untuk mukhayam kali nie...lagu ni saya pernah dengar juga sebelum nie, saya tidak tahu kenapa bila saya hayati lirik lagu nie, cukup membuatkan hati nie rasa sebak sangat,bait2 lirik lagu tersebut sangat bermakna, lagu tema kali ini adalah lagu wahai para mujahid, disini saya beri sekali lirik dan lagunya..





Wahai Para Mujahid
lagu: The Zikr

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh


setelah selesai nyanyi lagu tema, kami di bahagikan kepada 15 kumpulan untuk aktiviti pertama iaitu aktiviti penyembelihan ayam.. masa slot nie, akhawat diminta untuk menyembelih seekor ayam, dan dibersihkan ayam tersebut untuk di masak, semua kena buat dalam kumpulan, macam-macam ragam saya melihat akhawat, ada yang takut takut nak pegang ayam,ada yang tak berani nak sembelih ayam, dan macam-macam lagi..


saat memerhatikan telatah akhawat tiba-tiba saya teringat masa zaman sekolah dulu... hanya mampu tersenyum bila mengingatkan kembali...seingat saya, masa darjah khas sekolah agama dulu, ada juga aktiviti penyembelihan ayam..saya diberi kesempatan untuk sembelih ayam, masa tu takut juga nak sembelih, tapi saya ada juga keinginan untuk mencuba sembelih, Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menyembelih ayam..apa yang membuatkan saya tersenyum, ayam yang saya sembelih tue masih hidup, ayam tersebut boleh naik atas bukit lagi...Allah, terkejut juga masa tue...boleh makan ke ayam tue.. tapi bila ustaz lihat ayam tersebut, semua urat sudah terputus...pelik, tapi tue lah yang tejadi..=)

Alhamdulillah juga, mukhayam kali ini, saya diberi peluang untuk kali ketiga menyembelih ayam..takut juga perkara yang sama berulang kembali, tapi alhamdulillah, ayam tue selamat disembelih..
kalau mukhayam yang lepas, kami hanya masak sardin sahaja, tapi kali ini, kami kena masak ayam..ayam yang kami sembelih, kami kena bersihkan dan kemudian masak...kami hanya boleh masak sup ayam sahaja..ada group yang separuh goreng ayam, separuh lg dibuat sup, tapi group saya hanya buat sup ayam je..


next aktiviti adalah jom berkampung..untuk aktiviti kali ini, setiap kumpulan perlu mencari rumah yang ada tampal logo NSTC, dan di minta untuk beramah mesra dengan tuan rumah tersebut serta membersihkan rumah tersebut...setelah selesai membersihkan rumah tersebut, kami dikehendaki menjual 3 buah majalah sinergi edisi ke-8 di kampung tersebut... agak mencabar juga aktiviti ini sebabnya kawasan kampungnya memang luas..dan agak letih juga sebenarnya untuk mencari rumah yang ada logo NSTC...tapi yang seronoknya, saya dapat lihat monyet, lembu, kambing, ikan..

aktiviti seterusnya adalah riadah..banyak games yang kami main, antaranya adalah ikat kaki seiring, berjalan seperti ulat gonggok, tarik tali, bina istana pasir, main guli, bola pantai, makan pisang, dll...untuk riadah saya tak nak ulas panjang sangat..

malamnya pula, ada sesi sharing dari akhawat...tajuknya 'aku akhawat di tarbiyah' , banyak input yang saya dapat, setiap kata-kata akhawat tue reflect balik dalam diri saya sebenarnya... banyak jawapan dari persoalan saya sudah terjawab dalam sharing nie... Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang dan ruang kepada saya untuk berubah dan kembali bersemangat dalam tarbiyah ini...

pada esoknya, merupakan hari terakhir saya di mukhayam nie, dan aktiviti terakhir merupakan kembara musafir.. aktiviti ini lebih kurang macam explorace juga.. semua kumpulan dikehendaki pergi ke semua 8 check point...klu dalam bahasa kelantan...adalah juga perkataan yang saya tak faham..=) setiap check point nie, kami kena buat apa yang tuan rumah tu buat kerja sehariannya..antara aktivitinya adalah, menangkap ikan 2 ekor, buat kuih akok, masa buat kuih nie, makcik tu lah yang ajar cara buat kuih nie...kuihnya kena bakar, habis tudung berbau asap sebab makcik nie bakar kuih nie sacara manual.. tapi buat kuih nie memang mudah je..cuma saya kurang minat dengan kuih ini sebab agak manis rasanya...

kuih akok
ada check point yang menyuruh kami untuk mengupas kelapa..setiap kumpulan kena bersihkan kelapa tua 4 biji,, 1 biji daripanya kami kena parut dan kelapa muda 1 biji untuk di buat minum... untuk check point nie agk mncabar juga sebab ada akhawat yang tak pernah buat..bila kena pengarahan seperti ini, saya tiba-tiba teringat sebelum balik u, mak saya menyuruh saya buat perkara yang sama, cuma sebiji jela kena bersihkan..Allah, memang susah nak bersihkan, kena menggunakan tenaga yang banyak...saya cuma perempuan yang lemah, ingatkan tak kena buat lagi...hehehe, tapi nak tak nak buat juga la...berpeluh juga nak bersihkan sebiji kelapa nie...tangan memang sakit la sebab kena tarik sabut2 tue..biasanya kat rumah ayah yang bersihkan...hehe...memang hancur jugalah kelapa yang kumpulan kami buat tue... makan masa yang agak lama juga la nk bersihkan...

   
       sebelum di buang sabutnya
setelah di buang sabutnya

antara check point lain, kami kena buat layang-layang, main boling pantai, bersihkan ubi kayu dan tanam timun, plus ada check point yang beristirehat sebentar untuk buat dhuha dan mentaddabur ayat, kumpulan kami taddabur surah Al-baqarah, 2:214

'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu kepada kamu? mereka telah ditimpa kepapan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "bilakah(datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah'

nak cerita in detail memang 2 hari pun tak habis lagi taip...rasanya ckup setakat ini sahaja dulu... apa yang dapat saya simpulkan disini, mukhayam kali nie bukan sekadar merapatkan ukhwah sesama akhawat dan masyarakat sahaja, bukan juga menguji fizikalnya juga, tetapi dari segi keimanan seseorang juga terisi...insyaAllah..

5 comments:

  1. Assalammualaikum..lps nie kite g sabah plak:)

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam...insyaAllah, jika Allah beri peluang untuk kesana... mohon doanya...

    ReplyDelete
  3. nak watpe pi sabah plak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingin mengembara bumi Allah...mohon doanya ye...banyak ujian yang membuatkan diri ini belum mampu lagi untuk ke sana...

      Delete
    2. sabah dekat sgt.pi la pelestin.berjihad trus..

      nanti bleh la buatkan kuih akok untuk fmly n kwn2.dah lama xmkan.tempat laen susah jmpa.only at pantai timur je..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...