~moga Allah Redha~
Sesungguhnya segala Puji hanya Milik Allah, kami memuji-Nya, meminta pertolongan kepada-Nya, dan meminta keampunan kepada-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa-jiwa kami, dan dari keburukan-keburukan perbuatan kami. Barangsiapa diberi Petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang akan menyesatkannya, dan barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang diberikan petunjuk. saya bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.
Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bernafas dan menghirup udara ciptaan Allah, jangan kita persia-siakan nikmat yang Allah beri kepada kita..nikmat iman dan islam terutamanya..
sebelum ini, saya sekadar mendengar sahaja akhawat-akhawat yang bercerita berkaitan masalah ada organisasi yang menghalang untuk membuat halaqah, dan baru-baru ini, alhamdulillah saya pula menghadapi dan merasinya sendiri..
halaqah sudah hampir 1jam berjalan, maka tibalah giliran saya untuk memberi pengisian, sebelum memulakan pengisisan, saya menyuruh mad'u-mad'u menulis bayan (bahan) untuk di kupas setelah naik cuti nanti asbab untuk pengisian kali ini saya hanya ingin kongsikan berkaitan pengorbanan bersempena raya qurban.
sedang saya asyik melihat mereka mencatat, tiba-tiba datang pula sekumpulan kecil akak-akak di tempat kami berhalaqah, hati saya masa itu memang dah rasa lain..
saya tahu tujuan akak-akak tersebut tidak membenarkan kami berhalaqah disitu.. soalan bertubi-tubi ditanya kepada kami, begitu jua dengan anak halaqah saya yang bertubi-tubi juga persoalan yang singgah di fikiran mereka, tapi mereka hanya mampu mendengar sahaja apa yang akak-akak tue tanya dan katakan..
banyak yang akak-akak tersebut tanya kepada kami..macam-macam kata-kata yang di utarakan..cuma, di sini saya nak highlight ayat salah seorang akak kepada kami, ayatnya lebih kurang bunyinya begini,
'akak bukan apa, sekarang nie kan banyak je kes-kes sesat la, apa la, kalau adik betul-betul nak buat sharing, join la dengan kami, kitorang pun ada buat sharing, ada mento mentee, kalau join kami, dah xde masalah..'
mendengar pernyataan akak tue, saya hanya sekadar melemparkan senyuman sahaja pada mereka...saya tak berminat untuk berhujah dengan mereka, berhujah dengan mereka pun, mereka tetap akan pertahankan hujah mereka, dan merasakan apa yang dia buat adalah benar..yang bermain di minda saya semasa itu adalah untuk ilaj (paham) kan semula anak halaqah saya... dan di sini lah tempat saya akan luahkan pendapat dan pandangan saya...sekiranya ada yang salah, minta di tegur ye..=) insyaAllah, saya akan berlapang dada untuk menerimanya..
********
'perkara macam nie memang dah biasa berlaku, kadang-kadang akak pun tak faham dengan mereka.'
permulaan perbicaraan saya kepada anak halaqah setelah akak-akak tadi beredar meninggalkan tempat kami berhalaqah.
saya betul-betul pelik, kenapalah masih ada lagi insan yang menghalang orang lain berbuat perkara baik, sedangkan mereka yang menghalang itu pun orang yang baik, mungkin lebih baik dari diri ini, tapi kenapa perkara ini berlaku juga?saya yakin, jika ditanya mengapa buat seperti ini dan itu, pasti jawapannya akan sama sahaja, tapi mengapa nak menghalang orang lain dari berbuat?tepuk dada, tanya iman dan mari bermuhasabah diri masing-masing...
siapa kita nak kata mereka ini sesat?adakah kita nak mengulang sejarah semasa zaman Nabi dahulu?kalau zaman dahulu, nabi mengajak manusia memeluk islam, dan Baginda dikatakan sesat sebab membawa ajaran yang salah, tetapi, kalau zaman sekarang nie. manusia dah ramai yang islam, tetapi kenapa mesti nak kata sesat lagi?saya betul-betul tak faham masyarakat sekarang..sebelum nak kata sesat..selidik la dulu..jangan dok terus kata sesat tanpa meneliti terlebih dahulu..sabar jela dengan mereka...jom kita lihat terjemahan, dalam Al-quran sendiri dah begitahu..
Subhanallah, Allah sendiri mengingatkan kita supaya selidik dahulu kebenarannya...bukan kita terus melabelkan mereka sesat..adakah kita ingin menjadi seperti orang pada zaman jahiliyah dulu?melabelkan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW adalah sesat sedangkan mereka tak menyelidik pun kebenaran ajaran yang dibawa oleh Baginda..jom kita muhasabah diri kita balik..
hmm...lagi satu masalah, siapa kita nak nak halang mereka yang mengajak orang kepada kebaikan?saya betul-betul tak faham, kami yang sedang duduk untuk saling mengingatkan apa yang lupa, yang ingin memperbetulkan akhlak dan keimanan, kami jugalah yang dihalang sedangkan ramai lagi insan-insan yang masih berbuat maksiat diluar sana, mengapa kita tak nak halang dan tegur perbuatan ataupun tindakan mereka? insan-insan yang berbuat kebaikan itulah yang 'depa' nak halang.. ia menjadi persoalan pada diri kita..
'..berlumba-lumbalah dalam kebaikan' (QS Al-baqarah,2:148) bukan dengan cara kita menghalang orang lain dari membuat kebaikan (contohnya, usrah@halaqah@taklim) asbab kita sahaja yang boleh@layak untuk buat kebaikan tersebut, lagipun orang atasan tahu kewujudan kita. walhal, berlumba-lumba ke arah kebaikan itu sepatutnya ada wujud rasa untuk lebih bersemangat lagi dalam berbuat apabila melihat orang lain berbuat kebaikan seperti apabila kita melihat ada yang mengajak insan-insan lain yang masih lalai dan leka, secara automatiknya akan wujud dalam hati untuk berfikir bagaimana hendak mengajak lebih ramai lagi insan ke arah pembaikan dan tak perlulah nak menghalang orang lain yang berbuat kebaikan itu..itukan lebih baik..betul tak?
adakah bila kita memegang jawatan, kita berhak menghalang orang lain untuk membuat kebaikan?perlu meminta kebenaran terlebih dahulu apabila ingin membuat kebaikan (seperti usrah@taklim@halaqah). adakah kita ingin menjadi seperti firaun? jom lagi sekali saya mengajak pembaca untuk membuka manual kita(Al-Quran), dan sama-sama melihat terjemahannya dan mentaddabur ayatnya..lihat surah Al-A'raf,7:123

'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.'
(Al-Hujurat,49:6)
Subhanallah, Allah sendiri mengingatkan kita supaya selidik dahulu kebenarannya...bukan kita terus melabelkan mereka sesat..adakah kita ingin menjadi seperti orang pada zaman jahiliyah dulu?melabelkan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW adalah sesat sedangkan mereka tak menyelidik pun kebenaran ajaran yang dibawa oleh Baginda..jom kita muhasabah diri kita balik..
hmm...lagi satu masalah, siapa kita nak nak halang mereka yang mengajak orang kepada kebaikan?saya betul-betul tak faham, kami yang sedang duduk untuk saling mengingatkan apa yang lupa, yang ingin memperbetulkan akhlak dan keimanan, kami jugalah yang dihalang sedangkan ramai lagi insan-insan yang masih berbuat maksiat diluar sana, mengapa kita tak nak halang dan tegur perbuatan ataupun tindakan mereka? insan-insan yang berbuat kebaikan itulah yang 'depa' nak halang.. ia menjadi persoalan pada diri kita..
'..berlumba-lumbalah dalam kebaikan' (QS Al-baqarah,2:148) bukan dengan cara kita menghalang orang lain dari membuat kebaikan (contohnya, usrah@halaqah@taklim) asbab kita sahaja yang boleh@layak untuk buat kebaikan tersebut, lagipun orang atasan tahu kewujudan kita. walhal, berlumba-lumba ke arah kebaikan itu sepatutnya ada wujud rasa untuk lebih bersemangat lagi dalam berbuat apabila melihat orang lain berbuat kebaikan seperti apabila kita melihat ada yang mengajak insan-insan lain yang masih lalai dan leka, secara automatiknya akan wujud dalam hati untuk berfikir bagaimana hendak mengajak lebih ramai lagi insan ke arah pembaikan dan tak perlulah nak menghalang orang lain yang berbuat kebaikan itu..itukan lebih baik..betul tak?
adakah bila kita memegang jawatan, kita berhak menghalang orang lain untuk membuat kebaikan?perlu meminta kebenaran terlebih dahulu apabila ingin membuat kebaikan (seperti usrah@taklim@halaqah). adakah kita ingin menjadi seperti firaun? jom lagi sekali saya mengajak pembaca untuk membuka manual kita(Al-Quran), dan sama-sama melihat terjemahannya dan mentaddabur ayatnya..lihat surah Al-A'raf,7:123
Fir’aun berkata: “Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku
memberi izin kepadamu?, sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang
telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya
daripadanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini).
(Al-A'raf 7:123)
terasa takut juga apabila mendengar ayat Allah ini..sekali lagi saya bertanya..adakah kita ingin menjadi seperti firaun?mesti tak ingin kan?nak buat perkara baik kena minta kebenaran, sedangkan nak buat jahat tak perlukan kebenaran? persoalan-persoalan ini, saya harap pembaca sendiri menjawapnya..tepuk dada tanyalah iman pembaca...
akhir kalam, cuba kita telusuri sirah Nabi, dimana ketika Baginda menyebarkan Islam, adakah Baginda meminta kebenaran kepada pemerintah untuk menyebarkan islam? tidak bukan? banyak juga tentangan dan ujian yang Baginda hadapi, tetapi, Nabi tetap menyebarkan islam..jadi, saya harap, jadikanlah Nabi sebagai contoh ikutan terbaik buat diri kita, kita tidak berputus asa, dan merasa lemah dengan halangan yang di terima, mugkin halangan dan ujian yang kita hadapi terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan Rasulullah dan para sahabat-sahabat baginda..teruskan berbuat kebaikan semata-mata ingin mencari keredhaan dari Allah..
pesanan dan peringatan buat diri yang masih lemah..semoga Allah tetapkan hati-hati kita berbuat terus berbuat kebaikan...insyaAllah..
p/s: maaf, lambat post entry ini, sepatutnya saya post semasa cuti semester tapi baru hari ini sempat untuk menyiapkan entry ini, mungkin disebabkan kesibukan dalam diri, dan mungkin sahaja disebabkan penghalang diatas dosa-dosa yang saya lakukan..semoga bermanfaat..
apabila ujian datang itu bermakna Allah swt ingn angkat darjat kita ataupun sbgai asbab kafarah dosa.semua insan2 yg mulia disisi ALLAH swt diuji,ujian ALLAH swt berikan adalah untuk kita sentiasa berharap bantuan ALLAH swt, disamping menafikan kemampuan dn mengakui kelemahan kita..
ReplyDeleteawak sabo ea..kite dah pernah bincang bende ni kan :) anggap la akk2 2 sbgai angin lalu yang menghembus utk menaikkan semangat awk utk trus thabat dlm perjuangan dan menyebarkan kebaikan..
ReplyDelete