Pages

Sunday, February 24, 2013

SaYa TiDaK SePeRTi KaMu..

In The Name Of Allah
~moga Allah Redha~

Alhamdulillah wa syukurillah di atas nikmat iman dan islam yang Allah beri pada kita hari, sehingga ke hari ini, kita masih diberi peluang kepada Allah untuk terus menikmati, dan mensyukuri nikmat pemberian dari Allah, dan tetaplah bersyukur kepada Allah kerana sehingga ke hari ini Allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk kembali bertaubat kepada-Nya..sejauh mana kesedaran itu wujud dalam diri kita?tepuk dada tanya iman kita.

selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, tanpa jasa, pejuangan dan pengorbanan Baginda, mungkin kita tak kan merasa nikmat islam sehingga hari ini, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul kita? jika kita renungkan kembali, sehingga detik kematian Baginda, Baginda masih lagi ingat kepada umatnya, persoalannya sekarang, adakah kita ingat Baginda dalam hati kita? hmm, nama-nama artis, nama kekasih, nama itu, dan nama ini, boleh je kita ingat, kita puja hari-hari, kita bangga dengan mereka..tetapi, sejauh mana kita bangga jasa Baginda pada umat?sejauh mana pengorbanan Baginda yang kita sanjungi? sekali lagi, tepuk dada, tanya iman..jawapan dari persoalan di atas, hanya pembaca sahaja yang boleh menjawapnya..

jom, sama-sama kita muhasabah balik diri kita yang mungkin telah lalai?mungkin juga hatinya telah lama x di bersih kan..jom muhasabah seketika..

**************
saya tak mampu lagi mencoretkan sesuatu yang bermanfaat di dalam sesawang ini lagi asbab setiap apa yang di luahkan, pasti diri ini akan di uji... Allahu Rabbi, hakikat yang sebenarnya, diri ini tak kuat nak menempuh ujian yang melanda diri ini...saya tidak sekuat mereka...hati sedih melihat diri yang semakin lemah dengan nikmat dunia yang menipu ini..

apabila mentaddabur ayat...hati cukup sedih...

ya Allah, berilah kekuatan buat diriku yang semakin lemah ini....

apa yang mampu saya luahkan di sini...

'SAYA TIDAK SEPERTI MEREKA'

hamba Allah
1518
2502

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...