Dikesempatan ini...
ana nk kongsikan serba sedikit pengalaman pertama ana ke Shah Alam...
kisahnya bermula disini.....
ana dapat mesej dari murobiyah ana pada hari rabu,
mesejnya lebih kurang macam nie
"anti free tak hari sabtu nie?akhawat dari Shah Alam ada buat program.."
lepas baca je mesej dari murobiyah ana...ana termenung seketika....
dalam pada masa yang sama..ana bermonolog sendirian didalam hati....
"hmm...hari sabtu ada event apa ea??alamak,sabtu nie baru cadang nk buat lesen la...macam mana nie???nanti lambat pula dapat lesen keretanya...ala, nanti penat la....dah la pergi sana kejap je....da la tak tahu jalan nak pergi sana lagi..lecehla..macam mana nie???patut ke aku pergi program nie???kalau tak pergi nanti murobiyah kata ape plak...ape yang patut aku reply nie...??xpela, reply jela cakap je boleh join...kalau xnk pergi nanti bagitahu la kat akak tue cakap tak jadi nak pergi, ada hal lain...bukannya susah pun."
tanpa menjawap kesemua persoalan yang membelenggu diri nie....ana terus reply message murobiyah.....
"InsyaALLAH akak, ana free sabtu nie....insyaALLAH....kalau takde apa-apa halangan, ana akan join program tue nanti..."
setelah ana membalas mesejnya...murobiyah ana terus minta nama dan no.k/p ana...
dan malangnya....ana terbagi no. matrik ana pada murobiyah ana.....
ya ALLAH....malunya ana masa tue....
masa di bilik.....ana termenung lagi memikirkan perkara nie....
"patut ke aku pergi program nie????aku buntu la sekarang nie...ya ALLAH....bantulah aku"
perkataan nie sentiasa bermain- main difikiran....
at last, terdetik juga dihati ini....
"Astagfirullah hal a'zim....aku tak patut fikir macam tue....aku kan nak berubah jadi insan yang baik....program macam nie lah yang bagus kalau join....boleh dapat banyak ilmu.....Alhamdulillah... ALLAH gerakkan hati aku untuk pergi ke program ilmiah...."
ana terus perbetulkan niat ana..dan ana rasa bersyukur sangat asbab ALLAH bukakan hati ini ke arah kebaikan...
"niat aku pergi program nie hanya kerana ALLAH.."
dalam peristiwa nie, kita dapat lihat betapa jahatnya syaitan yang ingin menghalang manusia dari berbuat perkara-perkara yang baik dan syaitan akan sedaya upaya untuk menyesatkan manusia melalu apa cara sekalipun...
seperti firman ALLAH S.W.T
(iblis) menjawap,"kerana engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan,dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur."(Al-A'araf,7:16-17)
jadi....sama-samalah kita sentiasa memperbetulkan niat kita hanya kerana ALLAH dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan....
insyaALLAH,setiap perbuatan yang kita niatkan hanya kerana ALLAH, ia akan menjadi sebagai salah satu ibadah....
bersambung.....
Salam.
ReplyDeleteOrang di sini, menunggu sambungan... ^_^