Pages

Wednesday, May 4, 2011

Alhamdulillah......


Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa di atas Rahmat dan Hidayah yang diberikan kepaada kita semua.. firstly, saya nak minta maaf kerana membiarkan blog ini bersawang terlalu lama, saya pun jarang sangat mengupdate blog nie.. afwan..

Alhamdulillah, saya baru saja menamatkan zaman diploma.. insyaAllah, kalau ada rezeki…akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pula…hurm terasa masa terlalu cepat berlalu, sehinggakan saya tak sedar yang zaman diploma sudah pun berlalu...

Hurm...Terasa rindu kat akhawat-akhawat di perak… asif, xsempat nak ziarah antunna sebelum balik JB.. insyaAllah, kalau berkesempatan, saya akan ziarah kalian..bukan hanya sekadar rindu kat antunna sahaja, tapi rindukan pengisian yang kalian berikan.. sepanjang saya berada di perak, banyak ilmu yang saya dapat, insyaAllah akan saya amalkan dan sampaikan pada orang lain, insyaAllah.. Alhamdulillah, selama 2tahun saya join halaqah, banyak perubahan dalam diri saya.. saya bersyukur kepada Allah kerana Allah masih memberi peluang untuk saya kembali ke pangkal jalan..walaupun pada awal halaqah, saya buat sambil lewa sahaja mutaba'ah yang diberikan, antara nak dan tak nak saja, yang pada hakikatnya mutaba'ah tue bukan untuk murabbiyah tapi untuk diri saya sendiri.. tapi alhamdulillah, tanpa kalian, mungkin saya tak jadi macam nie... jazakillah..

hurm, cuti 4bulan telah pun bermula, saya tak tahu nak buat ape.. Cuma matlamat utama cuti selama 4bulan nie, saya nak wujudkan halaqah dirumah bersama adik2 walaupun sebenarnya dah lama saya nak buat halaqah nie di rumah… insyaAllah… mohon doanya, mudah2an diberi kekuatan untuk memulakan halaqah dirumah.. kalau boleh, saya nak adik2 saya berada dalam dunia tarbiyah, saya xnak adik2 saya terlalai dengan dunia yang fana nie, bukan untuk adik2 saja, tapi untuk diri saya jua..


Thursday, September 16, 2010

TAZKIRAH: STiKeR oH STiKeR

Fenomena di UiTM saya sekarang nie adalah mengutup stiker sebanyak yang boleh kerana ingin memastikan yang mereka akan dapat menginap di kolej untuk semester hadapan. Bila habis sesuatu event, mereka akan berebut-rebut untuk dapatkan stiker tersebut. Nak kata mereka involve dalam event tue takde la pulak,sekadar datang dan bersembang-sembang tanpa menghormati event yang diadakan, apabila event telah selesai,mereka akan berebut-rebut mendapatkan stiker,itulah aktiviti harian yang akan dilakuka oleh student.



Saya berfikir seketika, alangkah baiknya jika mereka ada rasa ingin berlumba-lumba antara satu sama lain untuk memperbanyakkan amal ibadah, mereka memperbanyakkan amal ibadah untuk memastikan yang mereka tidak akan masuk ke dalam api nereka. Tapi, kenapa mereka tidak ada berfikir begitu???bagaimana kita nak ubah kotak pemikiran mereka???masa semakin hari semakin cepat berlalu,masih banyak perkara yang perlu dilakukan,kenapa mesti kita nak mengejar nikmat dunia yang sementara nie???


tepuk dada tanyalah iman masing-masing. marilah sama-sama kita berusaha mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.



Ya ALLAH, berilah mereka hidayah untuk kembali kepada fitrah islam yang sebenar, lembutkanlah hati-hati mereka untuk menerima segala apa yang baik, hindarkanlah mereka dari bisikan syaitan yang terkutuk, dan ampunilah dosa-dosa yang pernah mereka lakukan sebelum ini. jadikanlah mereka hamba yang mensyukuri nikmat-MU.



Wednesday, September 8, 2010

SaLaM AiDiLFiTRi...



ramadhan akan pergi meniggalkan kita semua.....
banyak tak amalan yang kita lakukan pada bulan ramdhan???
pernahkah kita terfikir dalam kotak pemikiran kita
adakah kita sempat untuk menemui ramdhan akan datang???
tepuk dada, tanyalah iman kita sendiri
bulan syawal akan menemui kita tidak lama lagi....
bersederhanalah dalam menyambut lebaran dan
bermaaf-maafan la antara satu sama lain dibulan yang mulia ini...
dikesempatan ini,
ana ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada yang terasa hati dengan ana...
baik yang disengajakan mahupun dengan tidak sengaja....
kadangkala ana sendiri tak sedar yang ana pernah melakukan kesilapan....
salam aidilfiri juga ada tujukan kepada akhwat-akhwat yang mengenali diri ini....
terima kasih berkat tunjuk ajar antunna semua.....
tidak lupa juga buat sahabat-sahabat ana yang tidak jemu ziarah blog ana yang tak seberapa ini...
masih banyak lagi yang perlu ana pelajari....
jika ada salah dan silap dalam blog ini....
mohon dimaafi dan diteguri.....
insyaALLAH....kalau untuk kebaikan bersama....
ana akan terima teguran itu....
akhirul kalam....
salam aidilfitri, maaf zahir dan batin
buat semua yang mengenali ana yang serba kekurangan ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...